Thursday, November 22, 2012
Birthday yg ke 14, 235 hari..
Ya, 21 nov yg lalu sambut hari lahir yg ke 14,235 hari. Hahaha... sambut dengan tenang2 saja... x ada kek, x ada makan2... x ada yg ajak keluar... (bunyi mcm sedih?) haha...Biasalah, birthday bukan weekend dan semua org pun sibuk dengan kehidupan masing2.
Alhamdulillah, banyak sangat wishes dan doa yang diterima. Terima kasih. Syukur... kerana mampu bernafas lagi dengan rahmat yang Allah berikan.
Weekend nanti baru dapat meraikan dengan teman rapat. Tak sabar rasanya.... I luv just to be away from my routine life.
Apa harapan untuk birthday kali ini? Semoga saya lebih tabah, lebih bersyukur...jangan pandang belakang! Move on...please move on.
Kerjaya : InsyaALLAH ok. Disember akan mula bekerja selepas cuti yg panjang.
Penulisan : Buku ke 13 akan menyusul Februari nanti. Semoga ada lagi yg ke 14, 15, dan 16 tahun 2013 nanti. Insya Allah.
Kesihatan : Semoga ALLAH memberikan kemudahan dan janganlah dipersulitkan.
Hati : Haha...semoga terus dengan fungsinya untuk mengepam darah. Amin.
Wednesday, November 14, 2012
Selamat Tahun baru : Awal Muharram pun datang
Tahun baru...semangat baru? Azam baru?
Bagi saya : semoga tahun baru ini akan membawa kepada ruang yang lebih baik untuk diri, karier, kesihatan, keluarga. Semoga terus mendapat lindunganNya. Semoga terus dirahmati Allah. Semoga diberi kekuatan menempuh segala ujianNya. Subhanallah... banyaknya dosa, kurangnya pahala... Berubahlah.
Sunday, November 11, 2012
Celoteh sampai letih
Ahad,
Kereta sudah siap diambil dari workshop. Alhamdulillah. Menggigil kaki bila nak bawak keta kuar dr workshop...maklumlah sejak operations in May, x bawa keta kecuali masa puasa n raya ke 5 dah eksiden. Ops... Panik seketika jadinya.
Mak saya sedih hari ini. Ada operasi gotong royong di kawasan tanah kerajaan yg bersebelahan dengan rumah kami ini. Selama 25 tahun duduk sini, macam2 hasil tanaman yg kami dah rasa di situ. Teringat zaman remaja, tolong mak kutip kacang panjang, petik daun selom, petik cili, pucuk ubi... sekarang lapang dah. Yg paling sayang, tentunya pokok nangka yang buahnya manis dan lazat. No more nice Mr Jackfruit ya... No more nangka muda lemak cili api ya. ops, my favourite tu!
Pokok kelapa mak pun dah jadi arwah. So, petang tadi mak raut daun kelapa nak buat sapu lidi. saya kata, dah penat tu tak payahlah mak. Beli aje penyapu. Tapi mak kata, dah bertahun tak raut penyapu...rasa seronok pulak. Saya senyum dan temankan saja. Betul juga. Dulu masa kecik2 merasalah meraut daun kelapa buat sapu lidi.
Siap penyapu, mak saya yang dah 74 tahun usianya pun mengapak kelapa muda. Hihi... mak saya ni memang terror. Sedapnya air kelapa muda walaupun minum tanpa ais. Nyaman. saya kata...dah dekat setengah tahun tak minum air kelapa. Yalah, sejak bedah hari tu kan. Sedapnya isi kelapa (org Johor panggil DEGAN)yang masih muda dan manis.
Esok, agendanya : ke kubur arwah abah, bawa mak pergi sarapan. Hantar mak balik, sy sambung ke carrefour... Ada sehari lagi di kampung. Memenuhi permintaan mak nak ke mana1. Disember dah semakin hampir. Kena mula kerja semula..

Wednesday, November 7, 2012
Kelalaian Hati
Buang sajalah segala rasa. Buat apa nak ingat lagi kisah2 lama. Buat sakit hati saja. Well, itu kata2 bila waras. Bila tak waras? Ingat jugak...hahaha.
Kenapa? Well, salahkan lagu2 cinta yg berkumandang tak kena masa.
Atau...salahkan all those places yg kita pernah pergi makan dengan dia yg tanpa rela membuatkan kita ingat juga pada dia yg dah lama lupakan kita.
Mungkin juga salahkan pada gambar2 yg dah delete tapi tetaplah ada dalam kotak minda skrin 54 inci lagi. Hampeh sungguh. Haha...
Dan segala kata2 yg tetap terakam di dalam ingatan walau puas cuba dilupa.
Walau apa pun berlaku... IT'S THERE. Benda dah berlaku. Lalalaala...LIVESTRONG! Kan?

Tuesday, November 6, 2012
Saya sapu sawang dan habuk...
Salam,
Ya, saya tahu. Blog saya berhabuk. Saya tahu, saya struggle siapkan novel dan mengharung banyak komplikasi dalam kesihatan saya. Sekarang sudah November. Sudah 6 bulan semenjak saya menjalani pembedahan transplan buah pinggang. 2012 memang tahun yang sangat hebat ujian dan cabaran untuk saya.
Berapa banyak airmata yang tumpah ya semasa saya terbaring di atas katil hospital? Merenung siling dan terasa mahu berlari tetapi tidak dapat bergerak.
Berapa banyak harapan yang hancur bila melihat dunia bergerak laju meninggalkan saya sedangkan saya terkial2 cuba menenangkan diri dengan banyaknya komplikasi yang terpaksa dilalui semasa selepas pembedahan.
Syukur, alhamdulillah. Kini, saya semakin sihat. Banyak yg saya pelajari sepanjang melalui pelbagai ujian ini. 2012 ini ada banyak kisah pahit dan manisnya. Tahun ini juga di dalam dunia penulisan, saya berjaya melihat 5 karya saya diterbitkan.
Bermula dengan Cinta Perisa Dia pada bulan Januari. Antologi Jiwa Kacau mengekori dan kemudiannya Demam Aishiteru, novel remaja saya yang pertama. Bulan September dan Disember akan datang nanti adalah buku kanak2 saya : 1 hari 1 cerita (Kawan baru FB dan Power Puff Girl Mama). Huhu... PPGM akan menutup 2012 saya dengan jumlah karya Lynn Dayana menjadi 12 buah. Alhamdulillah. Tak terjangka saya, ini semua boleh berlaku. Saya bukan popular gila...haha, saya bukan penulis yang boom...tapi syukur, ada rezeki untuk berkarya di sini. Terima kasih pada Grup Buku Karangkraf yang terus memberikan peluang.
Bagaimana mahu melalui 2013 pula ya?
2013, saya akan kembali bekerja. InsyaAllah, CUD (tajuk sementara Cinta Untuk DIsewa) akan diterbitkan awal tahun 2013. InsyaAllah, ada lagi naskhah Merah Cinta Kita saya akan diterbitkan. InsyaAllah juga, jika ada rezeki...ada Antologi Jiwa Kacau ke 2.
Saya akan mula menulis CPM mula Januari nanti. Cinta P****** M****. Sekarang saya ada hutang pada editor Prima. Haihh...saya kena segera selesaikan hutang. Jika tidak, hati rasa tak sedap.
Semoga Allah terus memberkati saya. November datang... hari lahir akan tiba. Umur akan meningkat. Ya Allah...tuanya saya. Haha... moga diberi kesihatan yang baik. Diberikan Allah idea yang cukup cantik untuk dilakarkan di atas kertas. Tentang hati dan perasaan, semoga diberi ketenangan. Moga terus percaya, Allah saja yang tahu apa rencana yang terbaik untuk saya. InsyaAllah.
JANGAN MUDAH MENGALAH. LIVESTRONG... InsyaAllah.

Sunday, August 12, 2012
Friday, August 10, 2012
Ketupat Goreng Pedas Berapi
Ketupat goreng :
Biasanya dibuat selepas raya yg pertama. Ada lebihan ketupat, potong kecil2, dadu. Tumbuk cili padi, bawang putih, bawang merah. Tumis. Masukkan sayur : guna apa yang ada. Kacang panjang, kobis, carrot, asparagus, tomato, timun...apa saja yang ada dalam peti ais, lebihan raya pertama punya sayur hahaha.
Masukkan ketupat atau nasi impit yang dah dipotong dadu. Letak perasa. Boleh letak ikan bilis yg digoreng rangup. Atau hirisan daging. Atau kalau dah jemu daging dan ayam...letak saja telur. Lagi pedas, lagi sedap. yummy!
Mudahkan? Hihi...
Thursday, August 9, 2012
My Kemboja
Saya suka bunga kemboja. Tiada haruman. Tapi cantik dan anggapan saya pada kemboja adalah...setia, abadi dan sunyi.
Bila mahu sesuatu...usahakan!
Sesekali orang kampung ni teringin makan western food. So, berusahalah. Haha...
1. Lamb chop black pepper
2. Potato salad
3. Saute tomato and asparagus with black pepper sauce
4. Roti baguette.
Yummy. ( X sedap pun sy kena kata sedap sbb buat sendiri) hehe...
Teringin nk makan fun fries... tapi outside food, x bolehkan. So, beli keledek... potong jadi jejari. Mixde dengan tepung gandum, garam, serbuk kari, serbuk jintan dan serbuk ketumbar. Goreng! huhu...dap!
Dan gambar terakhir... goreng pisang. Nyaman.... Kembali ke tekak kampung. haha...
Thursday, August 2, 2012
Antara menu ramadhan kali ini...
Percaya tak kek ni saya buat? haha...xde orang yang percaya sebab seperti yg saya beritahu, kek2, kuih2... Fail! Ini kek coklat kukus dari Dapur Toyibbah. Boleh cari di FB. Sedap sungguh. Tidak terlalu manis dan yang penting...rasanya moist, yummy n so sinful. Cubalah order, dijamin berpuashati!
Haa, yang ini saya yg buat. Murtabak versi saya. Mudah saja. Buat inti macam karipap. Masak. Lepas tu guna kulit popia. Goreng! Taraaaa, jadilah. Murtabak popia yg rangup. Senang saja. (kuih macam ni pandailah saya, yg lain jgn harap!) hahaha.
Atau paling malas, buat saja cucur kentang dan cicah dengan sambal tumis bilis. Janji kenyang kan? Haha...
Saturday, July 21, 2012
Karipap Pusar : Cubaan
Ya, memasak tu saya kira okaylah. Buat kuih? Huhu..FAIL. Ada jugaklah tolong2 mak itu dolu-dolu ya. Haha... Dan sekarang kalau ke rumah kakak, adalah suruh dia goggle resepi dan kami buat sama2. Okaylah..
Karipap. Entah kenapa, saya ngidam. Dah dapat karipap biasa, saya goggle karipap pusar dan ajak anak sedara...meh la cuba.
sambil buat, kami ketawa. Ya, ketawa yg lebih. Maklumlah, buat dgn alatan yang x ckp. Main anggar2 saja. Tapi ok jugalah kan. Kalau ada yg tanya, pernah buat karipap? Sya boleh kata, pernah! hahahaha...
Wednesday, July 4, 2012
Menu Idaman : selepas pantang pembedahan
Salam,
Berapa lama pantang untuk orang yg lepas dibedah? Kata kawan saya, for chinese kena pantang 100 hari.. aduhai lamanya. Orang Melayu kita biasanya klu yg bersalin 44 hari ke? Haha, x tahu saya.
Limited sungguh bila berpantang ni. Protein saya cuma ayam, ikan tenggiri, ikan merah, ikan selar, ikan kerisi, tauhu, tempe dan daging.
Dan saya pun mula berangan menu yg mahu dimakan selepas pantang :
1. Ikan pari goreng bercili
2. Sambal tumis ikan tongkol
3. Ikan pari lemak cili api
4. Ikan cencaru bakar
5. Sotong sumbat
6. Mee bandung (ada udang kering, sekarang x boleh makan)
7. kari telur makan dengan lempeng
8. Buttered prawn
Hari ini hari ke 63 selepas bedah... lama lagi menu terlaksana. Sempat tambah 5, 6 jenis lagi hahaha.

Tuesday, July 3, 2012
Harapan : membawa kita lebih jauh atau lebih jatuh?
Salam,
Dalam kehidupan kita ini, satu perkara yang membuat kita terus melangkah adalah HARAPAN. Dengan harapanlah kita memujuk hati yang lara. Dengan harapan, kita menongkah arus dan dengan harapan kita mengharapkan kegelapan yang menyelubungi...bisa jadi terang benderang dengan hari yang baru.
Namun ada masanya, yang menjatuhkan kita juga adalah HARAPAN. Terlalu mahu dan mahu namun tidak mendapat apa yang dicitakan maka hasilnya kita akan mengalami kekecewaan. lebih-lebih lagi di dalam perhubungan. Apa yang diharapkan apabila kita mula rapat dengan seseorang?
Pastinya kita mengharapkan kebahagiaan.
Pastinya kita mahukan ada pengakhiran yang baik di dalam ikatan itu.
Kuasa ALLAH saja yang dapat melorongkan hala tuju perhubungan itu. Jika berharap setinggi langit namun bukan jodoh kita dengan dia maka harapan tinggal harapan.

Secebis rasa hati : selepas transplan
Salam,
Lama blog ini bersawang... Saya hilang. saya kabur di dalam terang. Hari ini adalah hari yg ke 62 selepas pembedahan dan saya di sini di HUKM. Lama bukan? Apabila orang bertanya. " Bila nak keluar?" sesungguhnya saya merasa sangat kecewa dan sedih... Kalau boleh keluar, tentulah saya akan berlari laju meinggalkan tempat ini. Namun saya kena akur, selagi tidak sihat....mana mungkin saya keluar dari sini dengan sewenangnya.
Soalan kedua yang kerap ditanya, "Kenapa tak stabil lagi?"
Ya Allah, segala yang berlaku, itukan rencana DIA. Saya tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan sebegitu. Bila saya terangkan dengan all the medical terms, orang yang bertanya tidak faham pula. Jadi harus bagaimana?
sudahnya...saya tidak terasa mahu menjawab soalan. saya tahu niat orang yang bertanya kerana prihatin namun jika dihujani dengan soalan yg sama sedangkan jiwa ini sudah terlalu berkecamuk....saya jadi total breakdown juga.
Segala yang berlaku ini...HIS plan. HIS great plan. Saya hanya mampu berdoa. Memohon rahmatNYA, memohon belas kasihanNYA...
Dalam keadaan sakit ini, alhamdulillah juga... 1 novel antologi berjaya diterbitkan. Satu novel remaja sedang berada di bahagian grafik. Begitu juga sebuah antologi cerita kanak-kanak sedang urusan cover. Cuma novel saya CUD saja yang stuck. Baru mahu menulis, dengar data dari doktor...jiwa saya jadi ketidaktentuan. Alasan? Mungkin juga tetapi beban yang ditanggung ini, ALLAH saja yang Maha Mengetahui.
Saya berdoa, janganlah mereka yg saya kenal...mengalami apa yang saya hadapi. Ujian ALLAh ini hebat dan jika kita tidak tabah...terasa mahu jatuh terduduk dan tidak bangun semula. Alhamdulillah, saya cuba menjadi kuat dengan sokongan keluarga, kawan2 dan juga doa peminat dunia novel. Saya menghargai segala doa...
InsyaALLAH, saya akan sihat dan berpeluang menulis lagi. Melakar rasa di helaian kertas putih...

Friday, June 22, 2012
Akan datang : DEMAM AISHITERU
Ini dia hero dan heroin utama di dalam DEMAM AISHITERU, novel remaja gaya cerkon yang manis hasil karya saya...akan datang tidak lama lagi. Bila? Akan datang. Hik hik.
Kisah Zaris Sofea yang mahukan Amirul Ferhad menjadi adiwiranya. Namun, cinta manalah boleh dipaksa. Bagi kuih muih sedap pun, yang kenyang perut Amirul bukan dapat mencuit hati lelaki itu.
Berusaha main gitar, menyanyi lagi istimewa pun bagi Amirul, dia bukan sesiapa. Aduhai hati... bila demam aishiteru melanda, panasnya sungguh tidak selesa. kena bangkit segera. kena sembuhkan diri. Aja aja fighting!
Wednesday, May 30, 2012
Karya baru : Antologi Jiwa Kacau : wadah Thriller untuk sisi gelap saya
Akan berada di pasaran, sudah boleh mula melanggan di Karangkraf Mall. Semoga teruja membacanya dalam debar aksi dunia kepolisian. Karya saya bertajuk : Dendam Bunga Dahlia. Sudi-sudikanlah.
Tuesday, May 1, 2012
2 mei, 2012
Its 7.34am.... sy sudah dibangunkan dari jam lima tadi. Kepala sngt berat krna mlm tadi mengambil pil tidur. Sebentar lagi kakak sy akan masuk OT. Hanya kpda Allah, kini kami berserah. Semoga dipermudahkan. Amin. Giliran sy pd tengahari nanti. Semoga dipermudahkan, jangan dipersulitkan...insyaAllah.
Sunday, April 29, 2012
Cerita Kontot : Terakhir Kali
Bunga kemboja berguguran. Angin berhembus tenang dan suasana yg sunyi bertambah beku dan sayu.
"Aku suka kemboja. Bila tgk pokok kmboja, aku rasa mcm pokok tu kuat sngt." Suara Lin menerpa d telinga Mei.
"pokok kuat? Jati lg kuat. Keruing pun kuat."Mei membalas.
Lin ketawa.
"Gila kau. Nk tnm pokok jati kat kubur aku? Ko ingat ni hutan?" Lin ketawa lagi. Wajah Mei yg tenang itu membuatkan dia cemburu.
"Kau ni...ceritalh pasal kita plan nk ke Perth ke? Gi Paris ke? Cari salji! Gi tgk pokok epal n oren n anggur mcm yg ko berangan selama ni!" Mei membantah.
Lin tersenyum. Bukan dia tidak mahu pergi.
"Ceritalah tntg hidup. Tntg harapan. Bukan tntg kematian." Mei terus bersyarah.
"Tak ada salahnya mengingati mati." Lin mempertahankan pendapatnya.
"Okay. Mmg x salah. So, kau nk kemboja warna apa? Pink? Putih? Merah? Aku janji aku belikan." Mei akhirnya mengalah.
"Pink atau merah. Putih is too sad. I want it to be red. Let it bloom with full of loves." Lin membuat permintaan.
"Nak kena jirus air kerap x?" Mei bersungguh2 mencatatkan maklumat itu di dalam telefonnya.
Lin tersenyum dan menarik nafas perlahan.
"masa tu aku dh xde. Kau jgn lh bazirkn masa nak melepak di kubur aku."
Mei menjeling marah. Lin ni cakap yg bukan2.
"Aku, x akan pernah lupakn engkau d mna pun kau berada." Mei melafaz janji.
"Mei...dah lewat ni, jum balik." Lia mengajak. Hatinya sebak mlht Mei yg masih duduk berteleku d sisi pusara Lin.
Mei melihat sekuntum kmboja merah yg gugur di hadapannya. Dia mencapi kuntuman itu. Pipi terasa panas dan dia terus menahan diri. Bukankah dia sdh berjanji utk tabah?
"Doakan dia Mei."
Mei menoleh sekali lagi. Kemboja, moga kau terus berbunga. Lin, semoga Allah merahmati kamu. Suasana pusara yg sunyi dan sepi itu mnambah sebak dan duka yg blm mahu berhenti menghuni hati.

Wednesday, April 25, 2012
CUD : Bab 17
17
Seperti anugerah yang diberi namun hilang sebelum disentuh
PERTEMUAN itu berlangsung di kafe yang tersorok sedikit. Anis hampir-hampir sesat kerana peta arah laluan ke situ memang mengelirukan. Berpeluh mencari kafe yang sungguh tidak popular itu. Maklumlah, semasa dia masuk melangkah ke dalam kefe itu, tiada pengunjung. Kosong! Menambah misteri apabila Mariam tiba memakai cermin mata hitam dan selendang menutupi kepala. Amboi, bukan main rahsia.
Mereka duduk di sudut kafe itu dan menunggu minuman. Mariam menoleh ke arah kanan dan kiri beberapa kali. Anis menjadi semakin tidak selesa. Mariam ada masalah apa?
“Minumannya kak.” Pelayan itu membawa dua gelas air.
Setelah menyedut minuman, barulah Mariam nampak lega. Cermin mata hitamnya dibuka.
“Risau aku.”
“Kenapa?” tanya Anis. Dalam tidak selesa, Anis merasa kelakar pula melihat karakter Mariam. Macam selebriti yang diburu paparazi.
“Aku takut kalau Kamal ekori aku.”
Kini, Anis pula yang memerhatikan kawasan sekeliling. Tiada suspek yang mencurigakan. Cis, dia pun sudah terpengaruh dengan Mariam yangg terlebih tengok drama penyiasatan agaknya.
“Jangan takut. Mak aku kata dia ke luar bandar hari ni.” Mariam tersenyum sedikit.
Mendengar jawapan Mariam, Anis mahu ketawa. Kalau sudah begitu apa yang mahu ditakutkan? Pelik betul. Buat lenguh leher dia memerhatikan keadaan sekeliling.
“Aku bukan apa. Aku takut Kamal arahkan konco-konco dia perhatikan aku.” Mariam memberitahu dengan nada yang berbisik. Jus epal itu disedut perlahan. Dia kemudiannya mengeluarkan sebuah sampul surat dan meletakkannya di atas meja. Sampul surat itu ditolak ke hadapan Anis.
Anis melihat sampul surat nipis itu. Wang upah?
“Ini maklumat yang aku ada tentang Kamal.”
Maklumat rupa-rupanya. Anis mencapai dan membuka sampul itu dengan berhati-hati. Sehelai kertas dikeluarkan. Di atas kertas itu hanya ada sebaris nama. Kamarul Bahrain Haji Firdaus. Mata Anis mencerlung ke arah Mariam. Maklumat apa kalau ada sebaris nama saja? Anis mengangkat kertas itu ke arah cahaya matahari. Manalah tahu, Mariam menggunakan dakwat ajaib. Tetap kosong juga.
“Kau tengok apa?” tanya Mariam.
“Mana maklumatnya? Sebaris nama ni aje?” Mahu saja Anis menambah, ini kerja gila namun mengenangkan Jenny yang meminta tolong supaya dia membantu Mariam, Anis menzip mulutnya. Bersabar itukan separuh dari iman. Anis mengingatkan diri.
“Itu maksud aku! Aku tak tahu apa-apa tentang dia. Kosong. Aku cuma tahu nama dia. Aku cuma ada nombor telefon dia dan kereta dia. Lain-lain kosong. Kau ingat aku tak risau?” Mariam mula bercakap tanpa hati.
“Okay, okay. Tarik nafas. Tenang.” Anis mengingatkan. Mariam macam promosi lagu Najwa Latif saja apabila mengulang perkataan kosong itu beberapa kali.
“Aku takut dengan dia tahu tak.”
Sehelai tisu Anis keluarkan dan menghulurkannya kepada Mariam yang sudah mula bergenang airmatanya. Ini kes yang serius. Patutlah Mariam sanggup membayar sampai seribu ringgit.
“Dia ada buat apa-apa yang tak elok pada kau ke?” Anis bertanya. Baru mahu mengkagumi lelaki itu. Jika Mariam menjawab ya, memanglah hampeh sungguh.
“Tak.”
“Habis tu?”
“Kau kena cari maklumat. Aku nak tahu terperinci. Apa dia suka. Apa yang dia tak suka. Mana dia pergi? Dia ada girlfriend ke tidak. Kau kena bagitahu aku segala-galanya.” Mariam membuat permintaan. Soalan Anis tidak dipedulikan. Memanglah Kamal menyentuhnya pun tidak tetapi jika tidak dihalang, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan nanti. Lelaki bermuka serius itu tidak sesuai dengan dirinya. Sama sekali tidak sesuai. Minta dijauhkan!
“Apa maksud kau bila kau kata dia ada konco?” Anis tiba-tiba teringat perkataan yang disebut oleh Mariam sebentar tadi. Kamal ini geng mafiakah? Ketua kongsi gelap? Samseng?
“Aku tak tahu. Yang aku tahu, dia diberhentikan dari polis. Kenapa? Aku tak tahu, tapi orang yang kena berhentikan ni mesti orang yang tak baikkan? Aku kena pergi. Bil minuman ni kau masukkan dalam total bil nanti. Aku balik dulu. Kau balik selepas lima minit.” Mariam memakai cermin matanya semula dan menarik selendang supaya menutup wajahnya.
Anis yang ditinggalkan sendirian mula termenung. Ini tugas yang mencabar. Kamal, polis yang diberhentikan? Menarik. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Rasuah? Bulu roma di tengkuk terasa meremang.

Labels:
Cinta Untuk Disewa Bab 17
CUD : Bab 5
5
Seperti langit runtuh lalu hatiku basah kedinginan
MEREKA duduk menunggu di situ. Suasana senyap. Jenny sibuk dengan telefonnya. Hafiz mengunyah gula-gula getahnya dan Amran pula termenung. Semua seakan-akan hanyut dalam dunia sendiri. Langsung tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling.
“Aku nak balik.” Anis bersuara. Dia mencapai beg sandangnya. Tidak mahu membuang masa menunggu lagi. Masa itu mahal. Bukan bolah dibeli di mana-mana kedai pajak gadai pun. Langkahnya tergendala apabila Hafiz menarik beg sandangnya dengan kuat. Terduduk dia semula.
“Aduh, sakitlah.” Anis sudah mengambil begnya dan memukul Hafiz beberapa kali. Aksi ganas yang tidaklah ganas mana.
“Aduhai...macam budak-budak.” Jenny menegur.
“Sepupu kau ni yang macam budak-budak. Bukan aku.” Anis mencebik. Dia membuang pandang ke tempat lain. Tidak mahu memandang Hafiz. Nanti dia akan menjelirkan lidah ke lelaki itu dan ketika itu barulah dia boleh dikategorikan sebagai budak-budak.
“Tunggulah sekejap. Kan Iskandar kata dia nak datang. Kejap lagi muncullah tu.” Amran pula yang masuk campur. Dia bangun dan memandang kawan-kawannya itu.
“Aku pergi beli minuman dululah. Nak apa?” tanya Amran. Mahu meredakan suasana yang membara. Mahu membeli masa supaya tiada siapa sedar yang Iskandar itu memang patut diluku kepalanya. Gagal menepati temujanji yang ditetapkan oleh Hafiz semalam. Iskandar ini memang tidak serik-serik mahu menjadi punca kemarahan kawan-kawan.
Jenny menggeleng.
“Sirap limau.” Hafiz menyebut minuman kegemarannya itu.
Amran berdiri menunggu kata-kata dari Anis namun gadis itu diam. Sudah merajuk nampaknya. Dua perempuan ini memang sejak mereka sampai lebih kurang lima belas minit tadi memang keduanya mood tidak baik. Entah-entah mereka berkongsi PMS. Amran dengan mudah membuat kesimpulan. Dia segera membelikan minuman. Kembali ke meja dia meletakkan air kelapa itu di depan Anis. Untuk Jenny pula dia membelikan cincau.
“Thanks.” Jenny mencapai gelas itu dan menghilangkan dahaganya.
“Amboi, tadi bukan main menggeleng.” Hafiz menegur.
Jenny memberikan jelingan secara percuma. Yang masih kaku diam tidak bersuara hanyalah Anis. Masih masam seperti jeruk kelubi.
“Anis, minumlah. Buat sejukkan hati. Kejap lagi Is sampai. Dia dah mesej ni. Tengah cari parkir.” Hafiz memujuk. Dia sudah arif dengan rajuknya Anis. Bukan lama pun cuma akhir-akhir ini dia perasan juga yang Anis lebih suka menyendiri. Mungkin kerjanya bertambah namun di antara mereka semua, Anis saja yang bekerja di rumah. Sepatutnya Anis yang paling relaks kan? Namun tanggapan itu disimpan kemas di dalam hati saja. Dia takut jika diluahkan, ada kelapa yang terbang ke arahnya. Kerja aniaya. Tidak pasal-pasal masuk hospital.
“Aku tak rasa nak minum.” Perlahan saja Anis menjawab dalam nada suara yang perlahan.
“Kau perlu minum air ni. Kejap lagi kalau kau menangis, badan kau tak cukup air.” Hafiz masih lagi bersuara dengan lembut.
Kata-kata Hafiz itu menyebabkan Anis berpaling. Wajah yang kononnya tidak mahu dipandang itu kini ditatapnya dengan wajah yang penuh tanda tanya. Apa maksud Hafiz? Lelaki itu bersahaja namun Anis dapat merasakan yang ada sesuatu cerita yang mahu dikongsikan Hafiz. Penting. Itulah yang diberitahu Hafiz lewat panggilan telefon malam tadi. Penting hingga menyebabkan Anis tidak sampai hati mahu berdolak dalih. Kalau ikutkan hati, dia malas mahu berjumpa mereka semua.
Anis menyinggung lengan Jenny. Temannya itu menoleh dan menggeleng. Tanda tidak tahu juga. Baru Anis mahu membuka mulut dia melihat kehadiran Iskandar. Argh, tembok kesabaran terasa runtuh. Sibuk sungguh Nina yang tersangkut di tangan Iskandar.
“Sorry guys. Tak ada parking.” Iskandar menegur. Wajahnya bersahaja, tiada langsung riak rasa bersalah.
“Hai....” Meleret ucapan hai yang diberikan oleh Nina yang datang dengan memakai dress pendek berwarna merah. Tangannya memeluk lengan Iskandar dengan rapat. Bibirnya lebar dengan senyuman. Gembira.
“Darling nak minum apa?” tanya Iskandar.
“It’s okay. I leave you with your friends. Jangan nakal-nakal tau. I pergi salon tu dulu ya. Bye guys!” Nina berlalu pergi dengan lenggang lengguknya. Dia sudah terlewat untuk temujanji mahu mencuci rambut dan memotong hujung rambutnya yang rosak.
Iskandar mencapai air kelapa Anis dan menyedut straw selepas membaca bismillah.
“Air aku tu.” Anis memukul tangan Iskandar.
“Tadi kata tak rasa nak minum.” Amran menegur.
Anis menjegilkan mata. Tidak sekolah betul Amran ini.
“Itu tadi. Sekarang haus. Haus!” Anis mengambil semula air kelapa itu.
“Kedekut. Nanti kat kubur kau, kita orang tanam pokok kelapa dua tiga pokok.” Iskandar bersuara lalu ketawa namun lawaknya tidak disambut oleh kawan-kawannya. Adiknya Jenny sudah menyepak kakinya di bawah meja.
“Okay, sorry. That’s not funny. Apa hal yang penting sangat ni?”
Suasana menjadi kembali senyap.
“Hafiz nak cakap apa sebenarnya?” tanya Anis. Senyuman yang kini menghiasi bibir Hafiz terasa tidak ikhlas saja. Empat pasang mata memaku ke wajah Hafiz. Menagih jawapan. Orang yang ditanya hanya tersenyum-senyum.
“Kau nak kahwin eh?” tanya Amran. Emak Hafiz hari itu ada mengatakan yang dia sudah tidak sabar mahu menimang cucu.
“Ngarutlah.”
“Kau ada awek baru? Naik gaji? Beli kereta baru?” Jenny pula mengasak. Meneka tiga senario sekaligus. Untung-untung ada yang kena namun sepupunya itu tetap menggeleng.
“Kau nak belanja kitaorang makan?” Giliran Iskandar meneka.
Hafiz ketawa. Kini matanya beralih kepada Anis. Adakah gadis itu mahu meneka. Anis menggeleng.
“Beritahu sajalah.” Anis meminta. Melihat raut wajah Hafiz dia terasa sebak tiba-tiba.
Mata Hafiz dihalakan kepada kawan-kawan yang dikenalinya sejak dia masih kecil lagi. Amran, Iskandar dan Jenny memang sepupunya maka hubungan mereka memang sudah lama akrab. Anis pula dia rapat semenjak sepuluh tahun yang lalu. Bibirnya berat mahu bercerita.
“Cakaplah,” desak Jenny semakin tidak sabar.
“Aku nak ke Perth, Australia.”
Semua terdiam.
“Cuti?” Laju mulut Anis bertanya walau hati seakan tahu bukan itu jawapan Hafiz.
“Land of kangaroo.” Itu pula yang dijawab Hafiz.
“Yalah. Satu dunia tahu kat Australia banyak kangaroo. Yang kami nak tahu, kau nak buat apa ke sana? Dah tak suka kawan dengan kami? Nak ganti dengan kangaroo pulak?” Jenny sudah memetir. Bahu Hafiz ditolak beberapa kali. Geram. Atau mungkin juga kerana terbit rasa kehilangan.
“Kau ingat Uncle Douglas? Pakcik belah emak aku?” Hafiz mula mahu bercerita.
Mereka semua mengangguk. Mereka pernah berjumpa lelaki itu beberapa kali ketika dia pulang ke Malaysia.
“Dia mahu aku bantu dia di sana. Uruskan rumah penginapan yang dia ada. Diakan tak ada anak. Dia nak tinggalkan perniagaan tu pada aku. Jadi, sementara dia masih sihat ni dia nak aku belajar selok belok segala benda.”
Semua terdiam.
“Kau pergi sekejap ke lama?” tanya Anis.
“For good. Sekali sekala baliklah sini. Emak aku ada kat sini. Tapi akan datang, mak aku ikut juga ke sana.” Hafiz menerangkan.
“Good for you.” Iskandar menepuk bahu Hafiz.
Jenny memukul bahu abangnya. Apa yang baiknya? Hafiz akan meninggalkan mereka. Jauh di sana. Pasti akhirnya akan terputus hubungan.
“Apa dia?” Iskandar menoleh ke arah adiknya itu. Asyik memukul bahu orang, mahu lebam sesiapa yang menjadi suami Jenny agaknya.
“Nanti tak boleh jumpa.” Jenny meluahkan apa yang terbuku di hati.
“Facebook ada. Skype ada. Emel ada. Kumpul duit dan bila lapang, kita ke sana. Sekarang bukan zaman Flinstones.” Iskandar menegur adiknya itu.
“Betul tu Jenny. Ini masanya untuk Hafiz ambil peluang yang ada. Kita patut bagi dia sokongan.” Amran yang semenjak tadi diam kini bersuara. Dia tahu selama ini hubungan mereka rapat. Sekolah rendah di sekolah yang sama. Sekolah menengah juga di tempat yang sama. Ke universiti pun, tidak jauh terpisah. Semua masih di Kuala Lumpur sahaja.
“I will miss you.” Tiba-tiba Anis pula bersuara.
Hafiz menoleh dan tersenyum.
“I will miss you too.” Hafiz membalas.
Kawan yang lainnya melihat mereka berdua. Amran berdeham.
“Jangan nak buat apa-apa hipotesis. Aku dengan Anis kan saudara.” Hafiz membalas.
Anis juga turut tersenyum. Dia akan kehilangan seorang sahabat. Sahabat yang selalu ada untuk mendengar keluh kesahnya.
“Tak apalah Jenny. Lain kali ke Perth, kita dah ada bilik.” Anis menyedapkan hati Jenny yang raut mukanya kesedihan.
“Lagi pun, Hafiz tak ada...aku kan ada.” Amran bergurau. Serta merta suasana yang sedikit tidak selesa itu menjadi reda seketika.
“Sengal.” Jenny membalas.
“Kau jangan...nanti aku suruh Hafiz gajikan aku jadi chef kat sana, tinggal kau kat sini sorang-sorang.” Amran mengugut walaupun hakikatnya niat sebegitu langsung tiada terbit di dalam hati. Rezekinya di tanah Malaysia ini saja. Dia gembira menjadi chef di Hotel Hilton sahaja.
“Sudahlah.” Hafiz menenangkan suasana.
“Bila pergi?” tanya Iskandar.
“Empat hari lagi.”
Semua mata sudah terbeliak memandang Hafiz.
“Sorry. Aku tak sampai hati nak bagitahu korang.” Hafiz mengangkat tangan tanda meminta maaf.
Suasana senyap seketika. Semua berfikir sendiri-sendiri.
“Kita buat makan-makan sebelum kau pergi.” Jenny mencadangkan.
“Tak payahlah susahkan diri.” Hafiz menolak. Tidak mahu menyusahkan mereka. Cukuplah dengan doa untuk kejayaannya di sana.
“Jangan ngada-ngada. Kau datang dan makan saja. Semuanya Amran akan uruskan.” Jenny membuat keputusan. Suaranya tegas dan penuh semangat. Dia sudah mengeluarkan nota kecilnya dari dalam tas tangan. Mahu membuat perancangan.
Amran yang mendengar terkulat-kulat. Sepupunya ini memang ada darah ‘queen control’. Dia mengangkat ibu jari tanda setuju. Separuh rela namun diturutkan kerana Hafiz.
“Buat kat rumah Anislah. Makanan minta tolong Mak Jah uruskan.” Jenny sekali lagi membuat keputusan.
Telefon Jenny berbunyi maka dia beredar jauh sedikit. Mereka yang tinggal berpandangan.
“Queen control dah gila kuasa.” Iskandar bersuara dengan berbisik.
Mereka semua ketawa. Memang arif dengan Jenny yang kadang-kadang perasan yang dia itu ketua kumpulan mereka.
“Korang ngumpat aku?” Jenny kembali dengan wajah yang serius.
“Mana ada. Ni, Iskandar kata dia akan shopping bahan masakan dengan Mak Jah.” Anis membuat cerita.
Iskandar memandang Anis. Amboi, Anis pun mahu mengambil kesempatan namun demi Hafiz dia mengiyakan saja. Hafiz melihat wajah kawan-kawannya itu. Setiap satunya memiliki personaliti yang berbeza namun mereka ada satu persamaan. Mereka sayangkan persahabatan mereka. Tiada apa yang mampu mengubah rasa kasih itu.

Cinta Untuk Disewa Bab 5
Monday, April 23, 2012
23 April, Isnin...2012
Salam,
370 hari yg lalu saya mengingatkan diri yang bagasi jiwa ini sudah terlebih berat bebannya. Sudah setahun lebih berlalu dan mengapa kaki masih terasa tersekat di ruang yang sama. pelikkan? Saya tidak pernah tahu yang saya jenis orang yang begini! Sungguh mengecewakan. Ahaks....
But i guess, u dont really know who u are until u face certain situations that makes u realised, how different u really are compare to the person that u imagine u r before.
Satu yang pasti, segala pengalaman ini tidak mungkin boleh dibeli di mana2. Kalau dijual mahu pun dilelong, tiada siapa yang berani membelinya. Terlalu besar risikonya.
Sunday, April 15, 2012
Saya takut...
Salam,
Ini adalah kronologi saya dalam usaha membuat transplan :
1.5 Disember 2009 : saya di diagnos renal failure. Kedua buah pinggang kini hanya boleh berfungsi sebanyak 20% saja. Lima hari di hospital. Buat fistular operation. Sebulan lebih mc. Kembali bekerja pada Februari 2010.
2. Anak saudara setuju nak beri buah pinggang. Mulakan work up process di Hsptal Putra, Batu Pahat. Siap early work up (ujian darah sama, buah pinggang dia sihat dan dia tiada penyakit) kami diusul ke HUKM. Sayang, HUKM x buat pembedahan transplan antara ibu saudara dan anak saudara.
3. Teruskan dengan dialisis 2 kali seminggu.
4. April 2011, kakak pula mahu jadi donor. Sekali lagi buat work up di Putra dan kali ini ke HUKM lagi.
5. 18 April, meeting woth dietician HUKM, mulakan ambil sample urin, xray...
6. 19 May, kakak perlu buat stress test. saya buat ultra sound test.
7. 1 June, selain darah yang diambil bertiub2....jumpa pakar sakit jiwa.
8. 13 june, ambil darah untuk tissue typing.
9. 7 july, buat femur ultrasound pula. ini untuk urat atau saluran darah sama ada elok dan boleh digunakan.
10. 27 july, ambil darah lagi... Hantar untuk white cell test di Singapura. Nak tengok white cell matching tak.
11. 28 july, ke workshp tentang transplant.
12. 7 september, kakak saya ada dtpa scan.
13. 14 september. ivu test utk kakak saya.
14. 19 sept, kakak saya admit d hukm untuk angio test (sebenarnya separuh dari test2 ni saya pun tak tahu untuk apa...so many test)
15. 28 sept, buat another test. Masukkan air dalam pundi kencing. Nak tengok ada problem ke x.... sakit!
16. Dec, hemoglobin saya rendah... sangat rendah.... mulalah masuk venofer masa dialisis.
17. 7 Dec, jumpa datin.... doktor yg head of nephro n transplant unit. Scary.
18. 13 Januari, sekali lagi dtpa test untuk kakak. Yg aritu keputusan tak elok.
19. 15 januari, kakak buat mcug test.
20. 6 feb, jumpa doktor transplant lagi...
21. 15 feb, gynae pula sbb period yg heavy dan hb yg rendah...
22. 27 feb, ambil darah lagi n jumpa doktor
23. march..mercera injection.
selain dari ambil darah, saya juga ambil HOPV injection, Hepatitis B injection.. Naik lali tapi rasa sakit diinjek tetap sakit. Start Disember 2011 juga saya mula dialisis 3 kali seminggu. Hidup menjadi semakin terkongkong. Dengan kerja, dengan dialisis di KPJ selangor, appointment dengan HUKM...lalok saya jadinya.
Last appointment dengan doktor hari itu, saya diberi tarikh 24 April masuk hospital, 2 may transplant. Tapi hemoglobin darah saya rendah.. Entahlah. Kadang2 dalam berharap, jadi putus asa juga.
Esok 16 April, ada appointment dengan doktor. Saya tak tahu apa yang akan berlaku. Jika hb masih rendah...mhmm.... saya pun tak tahu nak kata apa. Kalau ikut rancangan asal, 17 April saya dah mula dialisis di HUKM. Saya takut... dengan berita yang akan diterima esok.
12.

Thursday, April 12, 2012
Bila balik kampung..
Ini senarai bekal yg sy bawa dr kmpg. Hik hik.. Mcm lh kat kl xde tp dh emak offer, saya amik aje.
1. Bwg merah, bwg putih (haha...lps kenduri, ada bnyk, mak srh amik)
2. Betik sebiji (pokok mak tnm, jns betik kecik)
3. Pucuk daun soh (ini pucuk buah belinjau yg org buat emping tu...sedap jika tumus air atau msk lmk campur labu)
4. Pucuk ubi (kuikuikui...pck ubi kl keras! Kmpg punya lmbut)
5. Tempe 4 kpng kecil
6. Sambal kicap (srh anak sedara buatkn)
7. Serunding kelapa(pesan dgn abang...yummy klu mkn dgn bubur)
8. Lada cili, lada hijau, lada merah (shoppingkn mak brg dapur, sy beli cili sekali)
9. Satu tin kecil sardin... Ini stok klu terdesak xde mknn.
Xdelh bnyk kan. Lps kenduri, xde rasa nk mkn mknn yg berat2.. Smlm anak saudara hntr ayam lmk cili api, sy yg mls msk sbb pagi tu sibuk bawa mak sarapan, ke kubur dan kemudiannya ke carrefour, belikn stok mknn kering utk emak... So tengahari semalam sy potong cili, bawang..tumis dan masukkn ikan bilis. Letak belacan sikit, tuang kicap lmk mns. Yum, yum... Menu org malas, tapi mak sy berselera makan. Hihi...oklh tu.
Yalh, mlm kenduri sebelum tu dah menunya : nasi pth, mee goreng, kari ayam, sambal goreng, sambal tumis udang, ikan kering bulu ayam, serunding... Blm lg kuih muih: bahulu, karipap, dadih, puteri ayu, kaswi, kek coklat, kuih dangai.... Sesungguhnya, saya mkn dadih 1 saja. Yg lain sy tengok aje. Lepas dialisis, terus travel balik kmpng. So tgk mknn, alahai xde selera.
Syukur alhamdulillah majlis berjln dgn lancar. 1 majlis, 3 agenda - kenduri arwah abah, kesyukuran anak saudara dpt spm yg cemerlang dan semoga pembedahan transplan itu berjaya dilakukan. Amin.

Tuesday, April 10, 2012
5 tahun Sudah Berlalu
Setiap kali ke sini, di atas kawasan bukit ini....saya selalu rasa tenang. Saya suka angin yang bertiup damai... Saya suka melihat kuntuman kemboja atau melur yang berkembang indah. Tenang.
Lima tahun yg lepas, arwah abah mempunyai 21 orang cucu dan seorang cicit. Teringat antara pesanannya semasa di akhir hayat abah... "kumpulkan semua anak cucu dan cicit. Nak jumpa." Kami berkampung di hospital. Duduk berderet di ruang menunggu dan kami bergilir2 membacakan yasin tanpa henti. Kini cucu abah bertambah lagi seorang dan ada 5 orang cicit lagi.
Abah semasa hayatnya bukan jenis yang banyak bercakap. Setiap kali kami memasak, mesti abah akan datang menjengah dan bertanya apa yang kami masak sedangkan arwah abah bila ada sepuluh lauk pun, hidangan abah hanya nasi dan sejenis atau 2 jenis lauk sahaja. Tak macam kami, kalau ada sepuluh lauk..semua pun nak rasa.
Abah lelaki tipikal yang tidak mengucapkan kasih sayang tetapi jika kami ke mana-mana, selagi kami tidak pulang...abah akan berulang alik di depan rumah hingga kami pulang. Di akhir hayat abah, semasa dia masih boleh bersuara, abah mengatakan...abah sayang kamu semua jugak dan basahlah pipi kami saat dia sudah tidak mampu bersuara dan giliran kami membisikkan di telinganya supaya berzikir nama Allah tanpa henti.
Susah payah abah membesarkan kami tidak mungkin akan kami lupakan. Kerana abah dan emak...saya menyimpan janji untuk mengubah hidup. Untuk belajar pandai2 dan berharap keluarga kami keluar dari era kesusahan. Alhamdulillah...anak2 abah berjaya dalam hidup dan pelajaran.
Kini, kami hanya ada emak. Semoga emak sihat dan dirahmati Allah selalu. Amin.
Ubi Kari Yummy
Malam semalam saya minta emak masakkan ubi kari. Hehe...ada sesiapa pernah makan? Mudah saja cara membuatnya tapi bila emak yg masak, yummy! Bawang merah, bawang putih, ikan bilis tumis. Masukkan rempah kari. Masukkan ubi kayu. Tambahkan air dan daun kari. Biar ubi kering sehingga empuk. Argh sedapnya. Sangat sedap. Arwah abah suka makan ubi kari ni. Sebab tu agaknya emak lama tak membuat hidangan ini.
Monday, April 2, 2012
CUD : Teaser...... bab 16
SETELAH melayan Mak Mah yang bertanya itu dan ini tentang majlis di rumah Arman itu, Anis keluar semula dan duduk di balkoni. Di tangannya ada sekoleh Nescafe panas. Memang dia berhajat untuk tidak tidur malam ini nampaknya. Lagi pun dia sudah tahu yang matanya ini akan membuntang hingga ke pagi. Trauma dengan panahan mata lelaki bernama Kamal. Anis senyum sendiri. Mengarut sungguh.
“Eh, anak ayah uda ni tak tidur lagi?” Ariffin menegur Anis.
“Kejap lagilah ayah uda. Mana ibu?” tanya Anis. Menjengah ke belakang ayah uda dan dia lihat tiada siapa di situ.
“Sudah lena diulit mimpi.” Ariffin membalas.
“Ibu kata majlis perpisahan tu meriah.”
Ariffin mengangguk. Mereka berdua ke majlis yang meraikan persaraan salah seorang teman sekerja Faridah. Dia memandang Anis yang asyik merenung langit tidak berbintang.
“Ada siapa kat langit tu?” tanya Ariffin. Kata isterinya, Anis sudah memakai tudung dan semenjak bertudung ini sikap Anis kelihatan lebih lembut dan nampak matang. Berubah secara sendiri atau kerana dorongan seseorang? Rahsia itu mahu juga dikongsi bersama.
“Bukan siapa tapi apa. Ada awan, ada udara dan ada planet.” Anis senyum.
“Ayah uda ingat ada satria muda melambai-lambai dari atas sana.”
Serta merta Anis menoleh.
“Kalau ada orang yang melambai-lambai dari atas sana, Anis dah cabut lari ayah uda.”
Tawa mereka berpadu.
“Kamu ni Anis, saja nak lari dari topik. Bila nak kenalkan dengan kami kekasih hati? Ayah uda rasa tak sabar nak bina pelamin, tempah katerer, berbalas pantun...”
“Ehem...jauhnya ayah uda berangan! Anis baru 25 tahun. Lagi pun mana ada sesiapa.” Anis menundukkan wajah. Malu.
“Nak ayah uda kenalkan dengan anak-anak kawan ayah uda? Anis nak yang mana? Majistret? Lawyer? Penyanyi?” Ariffin menyambung tawanya.
Anis nak kenal dengan Kamal. Suara hatinya berdesis. Dan kemudiannya dia ketawa sendiri. Dia menutup mulut apabila sedar ayah uda memerhatikannya dengan penuh minat. Alamak, kantoi!
“Aha! Adalah ni.”
“Hisy, tak adalah.”
“Iskandar, Hafiz....Amran? Dah lama kawan. Dah kenal rapat. Kalau kahwin senang.” Ariffin memberikan cadangan.
Sebenarnya, dia suka kalau Anis ada jodoh dengan salah seorang dari mereka. Keluarga pun sudah kenal mesra. Pasti mudah dan tidak perlu pening kepala. Yang peliknya, anak muda ini semuanya seakan-akan tidak tertarik antara satu sama lain. Mungkin cupid belum mula memanah agaknya.
“Amran tu bercinta dengan periuk belanga.” Anis ketawa.
Amran pernah berkata, dia akan hanya bercinta apabila kariernya sebagai chef sudah berjaya. Bila ditanya, bagaimana tahap yang dia boleh kategorikan sebagai berjaya, Amran membalas dia mahu popular sedikit dari Chef Wan. Mujur bukan Chef Ramsey atau Nigella Lawson. Bongkok tigalah jawabnya mahu mencapai tahap itu.
“Hafiz?”
“Hafiz sedang bersusah payah dahulu, bersenang lenang kemudian. Dia jauh dekat sana ayah uda. Kalau dia kahwin dengan perempuan rambut perang mata biru hijau kuning, tak mustahilkan?” Anis menjawab dengan rasa hati yang rindu. Ya, dia rindu mahu bercerita secara langsung dengan Hafiz yang selalu menjadi pendengar setia.
Nada suara Anis yang mengendur membuatkan Ariffin menoleh ke arah wajah Anis. Ada riak kosong di wajahnya.
“How about Iskandar?”
Anis ketawa dan menggeleng.
“Is bertukar girlfriend macam tukar baju.” Berat terasa mulut mahu mengatakan begitu tetapi realitinya memang begitu. Iskandar memang lelaki yang tidak boleh hidup sendirian. Cepat putus dan cepat pula mendapat pengganti.
Bahu Anis ditepuk perlahan.
“Mungkin dia belum jumpa baju yang sesuai. Mungkin saiznya tak muat. Atau baju yang ada dah luntur.” Ariffin memberikan rumusan.
“Ayah uda ingat, Iskandar tu buka kedai dobi?” Anis mencebik.
Tidak setuju. Tidak baik memberikan harapan kepada orang dan kemudiannya meninggalkan mereka keliru dengan apakah kekurangan diri mereka hingga diri hanya layak ditinggalkan. Jika dibuat kajian, entah berapa ramai bekas kekasih Iskandar yang terkorban perasaan di medan percintaan itu. Entah apa agaknya yang dicari oleh Iskandar. Soul mate yang lebih baik dari sempurna?
“Jodoh ni sebahagian dari rezeki, Anis. Ada orang rezekinya cepat, ada yang rezekinya lambat. Ada yang sudah dapat rezeki itu tapi hilang bila tak menjaganya baik-baik.” Ariffin memberikan nasihat.
Terasa sebak pula dada Anis mendengar kata-kata ayah uda itu.
“Jumpa dengan ibu Anis adalah rezeki dan rahmat yang sangat berharga dalam hidup ayah uda. Suatu hari nanti, bila Anis jumpa si dia, Anis akan tahu. Jangan lepaskan.” Ariffin memegang tangan Anis dan menepuknya perlahan.
“Jangan berembun lama sangat kat luar ni. Demam nanti. Good night.” Ariffin menepuk bahu Anis dan masuk ke dalam rumah. Puas hati kerana di dalam kesibukan tugasnya, malam ini dia berjaya berbual dari hati ke hati tentang jodoh dengan Anis. Anis itu tanggungjawabnya walaupun dia bukan wali untuk Anis. Seperti mana dia menghargai isterinya, Faridah, dia juga menghargai Anis yang menjadi sinar di dalam dunianya yang malap sebelum kehadiran mereka berdua.
Anis menghirup sisa kopi yang ada. Telefonnya bergetar. Dia melihat ada mesej yang masuk. Jenny.
Upah RM1000. Mariam mahu kau siasat siapa Kamal ni. Dia x nak kahwin dengan Kamal. Kau kena tolong dia.
Argh, sudah! Anis memandang skrin telefon itu tanpa berkelip. Siasat Kamal? Ini termasuk dalam kategori rezekikah?

Saturday, March 31, 2012
Juara Carta Cinta : Logo baru
Dalam banyak2 novel yg saya ada (baru 6 + 2 novelet aje) haha, JCC ini paling striking warnanya. Melihat cetakan yang ke5 ini dengan logo laris, bertambah kecomelannya. (cth ayat gedik ni hehe)
Hari ini saya di page 103 Cinta Untuk Disewa. sudah 1/4. Saya menulis selagi terdaya walaupun ada sedikit kerisauan juga bile menulis, ada ke yang nak membeli novel saya. Rasanya semua orang pun sedia maklum, penulis begitu ramai sekarang ini. Penerbit juga bertambah. Pertama mahu bersaing dengan penulis diva. Kedua, bersaing dengan penulis baru. Ketiga, bersaing dengan novel tersendiri yang terlebih dahulu sebab bila novel keluar mesti ada yang kata, saya lebih suka JBC. Saya suka CPD. Saya suka gila TLC. Haha....dan persaingan yang ketiga itulah yang paling payah.
Hari ini, Ahad yang panas. Saya sudah siap memasak. Memasak gaya orang malas. Dalam satu lauk ada sayur, ada protein. Sayur nangka masak lemak cili padi dengan ayam. Kuikuikui....kan saya dah kata, menu orang malas. Tak apa. Makan sendiri saja. Tak perlu banyak lauk pauk. Satu cukup. Hehe...selamat berhujung minggu. saya? Mahu berkurung saja di rumah.
Friday, March 30, 2012
Monday, March 26, 2012
Cinta Untuk Disewa : He...make his first appearance
MAJLIS kenduri itu berjalan dengan sempurna. Ramai saudara mara dan jiran tetangga yang datang. Mendoakan perjalanan ibu bapa Amran ke Tanah Suci Kota Mekah itu selamat di samping ada yang berkirim pesan dan barang.
“Kau dah makan?” tegur Amran. Mereka hanya bersua sebelum majlis dan kini barulah ada peluang untuk bercakap setelah jumlah tetamu semakin susut. Yang tinggal hanya saudara rapat.
“Dah. Dah nak balik pun ni. Aku tunggu Jenny. Dia kata nak bungkus makanan nak bagi Mak Mah.” Anis memberitahu.
“Aah. Jangan lupa bawak untuk Mak Mah. Patut kau ajak Mak Mah datang sekali.” Amran membalas dan mencapai agar-agar yang ada di depannya. Sedap.
“Kan aku dah kata, dia ada kelas agama.”
Anis memanjangkan leher mencari Jenny. Lama betul membungkus lauk. Untuk satu batalion tenterakah?
“Jenny settle kan hal Mariam kot. Tadi aku nampak budak tu menangis tepi sinki.” Amran memberitahu dan mengambil pula karipap. Lapar. Dia yang lapar kerana tidak sempat makan kerana memastikan semua tetamu selesa dan puashati dengan majlis itu.
“Apasal dia menangis?” tanya Anis.
“Sabun habis kot.” Amran menjawab lalu ketawa berdekah-dekah.
Anis mengambil pinggan kosong dan mengetuk tangan Amran. Tidak guna betul. Saja mahu mengenakan dia.
“Kau ni saja tau.”
“Manalah aku tahu. Ada masalah perempuanlah tu. Kalau perempuan, mesti masalah pasal lelaki kan?” Amran beria-ia membuat rumusan.
Bunyi enjin kereta berhenti di hadapan rumah itu menyebabkan Anis dan Amran berhenti berbual. Seorang lelaki yang memakai jaket kulit berwarna hitam dan berbaju-T warna putih keluar dan memberi salam. Amran membalas. Susuk tubuh lelaki itu tinggi dan wajahnya kelihatan serius.
“Mariam ada?” tanya lelaki itu.
“Nak cari Mariam? Sekejap ya.” Amran berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Anis berdiri memerhatikan lelaki itu yang mengerling jamnya beberapa kali. Jelas menunjukkan dia sudah bosan atau mungkin juga mengejar masa. Menyedari dirinya diperhatikan, lelaki itu menoleh ke arah Anis. Mata mereka bersabung. Entah mengapa, Anis tidak menundukkan wajah. Dia terus memerhati.
Lelaki itu mendekati Anis.
“Kamal?”
Anis menoleh dan melihat Mariam berpegangan tangan dengan Jenny menghampiri mereka. Wajah Mariam jelas keruh dan bermasalah. Tidak suka dengan kehadiran lelaki itu barangkali. Anis membuat tekaan.
“I kan kata I boleh balik sendiri.” Mariam bersuara dengan nada yang tidak senang.
Anis menoleh. Mahu melihat riak wajah lelaki yang dipanggil Kamal itu dan dia terkejut. Lelaki itu masih memandang tepat ke wajahnya? Anis mula terasa bahang menyerbu ke muka. Ada kotorankah di mukanya. Mengapa tidak memandang kepada Mariam?
“Your mum asked me to pick you.” Suara itu kedengarannya seperti sangat malas namun setiap patah perkataan diksinya jelas dan tersusun. Penuh karisma. Anis terus berdiri di situ.
“I am not a garbage that need to be pick!” Mariam bersuara tegas.
“Never thought that way but since you have said it...”
“You!” Mariam kehilangan kata-kata.
“Let’s go home. I have other things to do beside watching you throwing tantrum in front of your lovely friends.” Kamal bersuara lalu membukakan pintu kereta.
Sekali lagi wajah Anis terasa panas. Mata Kamal bersabung dengan matanya ketika perkataan ‘lovely’ itu disebut. Adakah dia berkhayal? Mabukkah jika hanya minum oren kordial sebentar tadi?
“Aku balik dulu.” Mariam memeluk Jenny.
“Selamat ke ni?” tanya Jenny.
Mariam tidak menjawab namun menghentak kaki menuju ke arah pintu yang sudah dibuka untuknya. Mereka bertiga terus menonton drama yang masih belum habis nampaknya.
“Tak payahlah hentak kaki tu. Bumi tak pernah bersalah. Assalamualaikum.” Kamal mengangkat tangan ke arah mereka bertiga. Kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah itu.
“Wow!” Amran tiba-tiba bersuara.
“He is a tyrant.” Jenny mencebik.
“He is amazing.” Anis menambah.
Jenny dan Amran menoleh. Benarkah apa yang mereka dengar?

Friday, March 23, 2012
Barang wajib ada dalam peti ais/dapur
Hehe... ya, ada beberapa barang wajib yang mesti ada di dalam peti ais atau ruang kering di dapur. Antaranya :
1. Kentang
2. Cili kering & cili padi
3. bawang
4. Kicap
5. Tepung
6. Ikan bilis
7. Air soya
8. Oren Sunquick
9. Sayur terung, kobis, sawi Jepun
10. Mihun
11. Tauhu
12. Ayam/Ikan
13. telur
Tak banyakkan? Memang peti ais kosong. Haha... Tapi dari list barangan di atas, saya boleh memasak:
1. Kari ayam + kentang
2. Asam pedas ikan + terung
3. Cucur
4. Kobis goreng
5. Sawi jepun masak air + tauhu
6. Ayam lemak cili api + terung
7. Sambal tumis bilis
8. Sambal tumis telur
9. Terung masak asam
10. sambal kicap
hehehe...lauk untuk orang malas kan?

Friday, March 16, 2012
saya Orang Kampung : Ketupat @ Nasi Impit Goreng
Ini menu saya beberapa hari yg lepas. konon nak puasa, so saya masak 4 biji nasi impit. Malam tu makan sebiji. Ini yang cute kecik tu ya. So, ada baki 3. Nak buat apa?
Ini menu selepas hari raya. Ada baki ketupat biasanya kami akan buat ketupat@ nasi impit goreng.
Biasa kat kampung, guna cili padi, lagi kick. Kalau ada sawi, kacang panjang ke... sedap. Yg ini saya gunakan lada kering, sawi, letak telur... Arghhh...sedap juga. Haha...
Wednesday, March 14, 2012
Saya Merepek : Bila di traffic light...
As Salam,
Ya, saya mahu bertanya, apa yang anda lakukan semasa anda memandu dan lampu trafik itu merah? Waktu menunggu lampu hijau, apa agaknya yang anda lakukan? hahaha....Kalau saya :
1. Minum air mineral? Meredakan tekak yang kering di dalam kesesakan jalanraya.
2. Mungkin ada yang gatal menukar saluran radio? Ahaa....ini bukan saya. Saya hanya mendengar Hot FM saja ketika memandu kerana saya pemalas menukar channel.
3. Berangan : sampai destinasi nanti apa yang mahu dilakukan?
4. Kalau waktu tu lapar : hahaha...mulalah saya berangan, menu apa yang mahu dimasak atau dibeli...
5. Capai novel dan curi baca beberapa baris...
6. SMS....(dosa ni: jangan ikut)
7. Betulkan tudung? Pakai lipstick? Ahaaaa....pakai lipstick x pernah saya buat, takut nanti sampai destinasi...muka dah jadi clown hahahaha
8. Atau ada masanya saya menjengah kehidupan orang lain.... wah, cantiknya no plat keta orang tu, wah..cute kata2 signage yg dipasang, mhmm....bahagianya kereta sebelah ni makan suap2....alahai comelnya anak orang tu.
9. Kadang2 saya menyanyi sekuat hati...biarlah hujan. Haha...yang penting, tak susahkan orang sebab saya memandu sendirian saja. Kuikuikui

Monday, March 12, 2012
Meniti Mac...
Salam,
It's 12th March...cepatnya masa berlalukan? Tak lama lagi dah setengah tahun 2012 ditinggalkan. Sedar2 nanti dah November. Meningkat usia lagi. huhu... entah kali ini sempat atau tidak mencapai tarikh itu. Kita inikan hanya mampu merancang. Rencana ALLAH untuk kita, hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Di dalam kepala, ada banyak benda yang saya perlu selesaikan sebelum April menjelang. Entahlah...saya penuh dengan ketakutan. Saya penuh dengan harapan tetapi pada masa yang sama, saya juga mengajar diri supaya janganlah terlalu berharap. Jika tanpa izinNya, tidak mungkin pembedahan transplan itu akan dapat dilakukan.
Namun sebagai manusia biasa, di dalam keadaan tidak berharap...saya berharap juga. Berdoa juga semoga dipermudahkan. Namun jika tersurat...ujian ini berpanjangan dan hingga ke akhir hayat, saya hanya mampu menumpang belas ihsanNya dalam meminjamkan nyawa.

Sunday, March 11, 2012
FIX YOU : Coldplay
I wish someone sing this to me...
When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse
And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone, but it goes to waste
Could it be worse?
Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you
And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth
Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you
Tears stream down on your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down on your face
And I...
Tears stream down on your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down on your face
And I...
Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you
Saturday, March 10, 2012
Folder Dalam Komputer Jiwa
Kadang2 kita sangat kejam dengan diri sendiri. Walaupun diingatkan berulang kali jangan lagi meelewati sempadan itu, jangan berhijrah lagi ke wilayah duka itu...namun masih juga kita mengingati sesuatu atau seseorang yang tidak patut diingatkan lagi.
Membazirkan ruang masa.
Menyesakkan akal dan fikiran.
Melimpahruahkan kesedihan.
Mengharubirupurplepinkkan kehidupan. Hahaha...
Senarai keburukan pasti melebihi senarai kebaikan. Jadi mengapa, di dalam kotak ingatan ini ada folder yang failnya terselindung namun pada sesuatu masa dan ketika, walau sudah di re-boot..ingatan itu datang juga?
Tak boleh minum air tebu, tak boleh makan tomyam, hanya suka ayam bahagian thigh, suka haruman Clinique, suka kek coklat..and anything with chocalate, Ribena.. x suka makan udang unless dikopekkan(Ini folder tentang F&B)
Dan ada masa2nya, folder saat2 manis muncul juga seperti terdengar lagu2 atau gurau senda waktu tengah suka.
Namun folder yang menyakitkan tentunya adalah segala penipuan yang berselirat dengan rasa amarah dan benci.
Walau apa pun folder yang dibuka, kita akan kembali kepada perkara yang sama:
Membazirkan ruang masa.
Menyesakkan akal dan fikiran.
Melimpahruahkan kesedihan.
Mengharubirupurplepinkkan kehidupan.
DELETE...DELETE...DELETE.
ERROR...ERROR...ERROR
Komputer jiwa pun HANG. Hahahaha....

Tuesday, March 6, 2012
Saya berangan : menu idaman
Menu berangan 1:
Sambal tauhu tempe + chinese leek. Jgn lupa waktu tumis cili, bwg mrh, bwg pth n halia...letakkn sedikit belacan. Yum,yum...Masukkan chinese leek, tauhu n tempe. Udang..klu ada udang putih..lagi sedap.
Menu berangan 2:
Asam pedas kepala ikan merah.. Huhu. Kisar cili kering halia kunyit bwg merah n bwg putih. Tumis...masukkn kpla ikan, tmbh air asam, masukkn kesum dan bunga kantan. Perghh...sedapnya mata ikan, pipi ikan. Mkn dgn nasi pns...percikkan sikit kicap. Indah...
Menu berangan 3:
Pajeri nenas. Bwg merah, bwg pth, halia dan udg kering tumbuk. Tumis..letak serbuk kari. Masukkan cengkih, kayu manis, pekak n pelaga. Masukkn daun kari..masukkan nenas dan lada hijau atau lada merah yg dibelah empat. Letak sedikit santan, biar smpi pekat. Nasi pns, pajeri nenas...
Menu berangan 4:
Betik muda masak lmk.
Bwg mrh n pth, ikan bilis tumbuk. Masukkn santan. Masukkan betik dan daun selasih. Wah...klu mkn dgn ikan kering dan sambal belacan...sayonara org sekeliling.
Apa ke hal sy berangan menu2 ni? Hahaha...mulalh berangan nk balik kmpung...tapi keadaan x mengizinkan. So...berangan sajalah. Lauk 1 & 2 tu blh msk sndiri.. Yg 3 & 4 tu mcm kesedapan yg luar biasa klu emak yg memasaknya. :)

Saturday, February 25, 2012
Bab 1 : CUD, novel ke 7 saya
Salam,
Mood mahu merapu tetapi tidak cukup ikan kerapu untuk beri kelazatannya. haha... Mungkin kerana hidup saya ini memang membosankan hingga tiada apa yang mahu diceritakan. yalah... saya kan sudah tidak ke mana-mana. Asyik duduk di rumah jadi apa yang nak dimerapukan?
Mahu baca cerkon? Mhmm....saya tak ada mood mahu menulis. Sungguh.. malam tadi hanya menulis 3 page kemudian tutup laptop dan tengok tv. Teruk betulkan...
Jadi, saya letakkan Bab 1, CUD, novel ke7 saya.
1
Seperti hati ditusuk selumbar, pedihnya hingga mata berkaca
25 TAHUN. Sudah suku abad dia menghirup udara di muka bumi ini. Kalau dia belon, pasti udara yang dihirupnya itu sudah menyebabkan dia kembung dan kembang. Anis melihat ke atas meja. Ada sebiji kek di atas meja itu. Sebiji kek yang kononnya dibuat dengan resepi rahsia. Sudah setengah jam dia termenung di situ. Di ruang tamu yang sunyi sepi. Melihat kek itu tanpa sekelumit rasa teruja. Kek yang cantik. Cantik sangat sampai terasa sayang mahu memakannya.
“Assalamualaikum!” Suara riuh rendah itu menjengah ke telinganya namun Anis masih tidak bergerak. Memilih untuk menjadi patung cendana. Tanda protes walaupun tangan tidak bersepanduk.
“Kalau ya pun marah, takkanlah dah jadi patung cendana kot?” Amran sudah duduk di sisinya. Anis memalingkan wajah.
“Kita orang nak datang awal tapi Hafiz ni tadi sakit perut!” Jenny pula yang melabuhkan punggungnya di lantai. Terus saja menuang air di dalam jag dan meneguknya dengan pantas. Tidak menunggu langsung untuk dijemput. Memang ada genetik penjajah!
“Aku sakit perut Anis. Sakit gila. Kau tak marah aku kan?” Hafiz mengunjukkan kotak hadiahnya. Anis menahan tawa. Kawan-kawannya ini memang menyakitkan hati.
“Hafiz! Kau tak ada duit ke nak beli wrapping paper yang cantik. Kau bungkus hadiah untuk aku pakai suratkhabar?” Anis sudah menjerit kuat. Mereka yang lain sudah menutup telinga. Anis kan lahir dalam gua. Kalau bercakap, memang jenis berdengung tidak ingat. Kelawar pun boleh mati.
“Kau ni tak belajar alam sains ke? Dunia ni dah nak pupus. Aku guna barang kitar semula aje sebab nak selamatkan dunia. Kau tak rasa ke usaha aku ni melayakkan aku menang hadiah Nobel?” Hafiz sudah menceceh.
Anis menepuk dahinya. Hadiah Nobel? Novel sebiji pun tidak tentu menang. Geram sangat melihat teman-temannya itu. Kenal sudah sepuluh tahun tetapi sepuluh tahun itu tidak mampu menampan segala kemarahannya kepada mereka yang terlambat datang ke majlis hari jadinya yang ekslusif itu. Ekslusif kerana para tetamunya yang khas saja. Yang dijemput pun empat orang saja. Bukan empat puluh orang.
Semalam ayah uda mengusiknya dengan mengatakan, majlis hari lahir Anis mempunyai senarai tetamu yang terkontot di dunia. Namun Anis tidak marah kerana bagi dirinya, mereka berempat itu sudah cukup untuk membuatkan dunianya gegak gempita. Indah bersulam huru hara.
“Anis! Kau sedar tak apa yang sedang kau lakukan sekarang ni?” tanya Jenny.
“Apa?
“Kau mendekatkan diri engkau kepada kemungkinan untuk mendapat sakit darah tinggi.” Jenny membalas lalu ketawa.
Namun melihat wajah masam Anis, dia meneguk air oren itu lagi. Usaha memujuk yang gagal. Jenny menelan air liur pula. Dia membaca surah AlFatihah di dalam hati dan menghembusnya ke arah Anis. Biar sejuk hati kawannya itu yang sedang panas.
“Bila boleh makan kek ni?” tanya Amran.
Anis masih diam.
“Kena tunggu Iskandar?” Hafiz bertanya dengan nada kecewa.
Anis mengangguk.
“Is lambatlah. Kita tinggalkan dia sepotong cukuplah.”
Jelingan tajam Anis menyebabkan Hafiz mencapai majalah dan pura-pura membaca. Anis kalau sudah mengamuk, susah mereka jadinya. Buat penat saja mahu memujuk. Elok duduk diam-diam saja. Lima, enam minit nanti suhu hati Anis yang panas akan sejuk kembali. Sekejap saja. Di antara mereka berempat, semua pun tahu yang Anis itu hatinya adalah kerak nasi saja. Kerak nasi yang lembut bila direndam.
Bunyi telefon Jenny menyebabkan semua mata tertumpu ke arah situ. Jenny mencapai dan menyergah si pemanggil.
“Kat mana ni?”
Selepas sergahan itu, Jenny menjauhkan dirinya ke pintu gelangsar. Amran dan Hafiz berpandangan namun nada suara Jenny terlalu perlahan. Tidak dapat mereka menelinga. Selepas beberapa minit, Jenny kembali ke situ. Mukanya masam. Jelas tidak puas hati dengan perbualan sebentar tadi.
“Kenapa?” tanya Anis.
Jenny melihat wajah temannya itu. Tidak sampai hati mahu menyampaikan berita sedih itu. Jika Iskandar didepannya, sah kembarnya itu sudah disekeh dan dicubitnya sampai lebam. Menyusahkan orang sahaja. Tidak bolehkah membuat onar di hari lain asalkan bukan hari ini. Hari istimewa untuk menyambut majlis hari lahir Anis yang ekslusif ini.
“Is tak dapat datang.”
“Owh.” Pendek saja jawapan Anis.
Amran dan Hafiz sudah mendekati dua gadis itu. Ada gaya mahu menyelamatkan keadaan tetapi dua-dua tidak tahu bagaimana caranya.
“Jum, potong kek.” Anis mengajak. Bukanlah dia ghairah sangat mahu menikmati kek mahal yang dibelikan Ayah Uda itu tetapi dia mahu segala-galanya cepat berakhir. Malas mahu berada di dalam situasi yang sama lama-lama.
“Kau marah?” tanya Jenny lagi. Yang marah sebenarnya dia. Tunggulah bila dia berjumpa dengan Iskandar nanti. Memang lelaki yang lahir lima minit awal darinya itu akan mendapat balasan.
Anis menggeleng. Dia memotong kek itu sebelum sempat Hafiz dan Amran menyanyi mahu pun menghidupkan lilin.
“Makanlah. Aku nak ke dapur kejap. Ambik mihun.” Anis terus bangkit. Sebenarnya ada airmata yang mahu menitis. Ada hati yang tercalar. Iskandar lupakan majlis harijadinya. Sampai hati sungguh. Bukannya tiap-tiap minggu majlis ini dibuat. Setahun sekali saja.
Amran dan Hafiz mahu bangkit ke dapur namun dilarang Jenny.
“Kenapa? Kesianlah kat dia. Aku nak pujuk dia.” Amran membantah.
“Potong kek tu!” Jenny mengeluarkan arahan.
“Kau bagilah tisu kat dia. Macam nak nangis aje tu.” Hafiz pula menyuruh. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hai, masalah perempuan memang bukan lapangan yang dia mahir. Ilmu tentang perempuan yang dia tahu hanyalah setakat menjaga hati Jenny yang merupakan sepupunya dan Anis, kawan baik Jenny. Itu pun sebab mereka dah bersahabat lama. Sudah arif dengan perangai masing-masing.
“Biarkan dulu. Dia perlu bersendirian.” Jenny mengambil pisau dari Amran yang tidak ubah seperti tikus membaiki labu. Kek yang cantik sudah hodoh jadinya. Nampak benar sepupunya itu kelaparan.
“Masuk perut nanti hancur jugak,” jelas Amran. Tahu benar apa yang berada di dalam fikiran Jenny. Pasti sedang mengutuknya.
“Syhh.” Jenny berdesis apabila melihat Anis keluar semula ke ruang tamu itu dengan semangkuk mihun goreng. Makanan kegemaran Iskandar yang bongek. Hati terasa sebal. Dia menjeling ke arah mata Anis yang sedikit merah. Dia hanya berharap lelaki yang berdua itu tahu menjaga mulut mereka. Janganlah ada yang komen. Mereka berdua ini bukan boleh diduga.
“Wah, mihun goreng.” Amran menyebut dan Jenny segera menyepak kaki sepupunya itu.
“Adui.”
“Kenapa?” tanya Anis.
“Laparlah tu. Apa lagi...” Jenny menjegilkan matanya kepada Amran. Awas! Jika mulut itu berbicara sesedap rasa lagi. Maka akan ada kaki orang yang pincang bila mahu balik nanti.
“Meh sini, aku cedukkan.” Hafiz menawarkan diri. Amran yang lapar perlu diberi makanan dengan kadar segera. Bila dah kenyang nanti barulah dia tidak akan ingat benda yang bukan-bukan atau merapu apa-apa perkara yang akan mengecilkan hati Anis yang sudah semakin kecil.
Mereka menjamu selera selepas Amran membaca doa makan. Laju sungguh doa makannya. Baru sebut bis dan akhirnya sudah terdengar amin. Memang laju betul. Kalah kelajuan cahaya. Di samping mihun itu, terdapat juga ayam goreng dan sambal tumis udang. Bukan main suka Amran apabila Mak Mah membawa keluar dua lauk tersebut. Jenny duduk rapat dengan Anis. Serba salah. Namun pesanan orang mesti disampaikan. Jika tidak, pasti dia menanggung dosa.
“Is kirim salam. Dia ucap happy birthday.”
Anis meletakkan garpunya ke atas pinggan.
“Dia tak ada mulut sendiri nak cakap dengan aku?” tanya Anis.
Soalan itu tidak dijawab oleh Jenny. Dia tahu Anis sedang marah. Apa juga jawapan yang dia berikan, Anis akan marah juga. Memang aktiviti yang membazir. Dia mendengar Anis mengeluh. Perlahan namun kedengarannya amat berat sekali.
“Dia jauh kat Tioman. Aku pun tak tahu dia pergi sana. Pagi tadi aku bangun, ibu aku kata dia dah keluar. Hilang.”
“Dia buat apa ke sana?” suara Anis sudah mengendur. Dia sedar ini bukan salah Jenny. Kasihan pada temannya itu yang terpaksa menjawab bagi pihak abangnya.
Jenny semakin berat hati mahu menjawab.
“Bagi tahu ajelah. Aku tak marah.”
“Esok birthday Nina. Dia nak raikan kat sana.”
Suasana ruang tamu itu jadi sepi. Hafiz dan Amran yang tadi sibuk makan, kini sudah diam menelinga juga. Nama Nina yang menarik perhatian mereka. Nina yang seksi. Nina yang manja. Teman wanita Iskandar yang baru. Edisi yang terkini. Baru berusia dua minggu perkenalan mereka. Masih hijau. Masih muda lagi. Mungkin kerana itulah Iskandar mahu memastikan sambutan itu romantik.
“Biarlah.”
Jawapan Anis itu menyebabkan mereka semua berpandangan. Anis tidak marah? Anis kelihatannya kembali menikmati mihun gorengnya. Bersungguh-sungguh pula nampaknya.
“Sedap mihun ni Anis.” Amran mengubah tajuk perbualan dan menceduk mihun untuk kali ke tiga ke dalam pinggannya.
“Sambal ni pun punyalah kick.” Hafiz menambah.
Anis hanya tersenyum. Dia tahu mereka mahu mengambil hatinya. Kalau tidak memikirkan yang ini adalah majlisnya, dia sudah lama meninggalkan rumah ini. Fikirannya kusut. Mendengar nama Nina, dia terasa seperti ditampar halilintar. Entah apa agaknya yang dilihat Iskandar pada gadis gedik itu. Berbulu matanya melihat. Nina yang tiada tulang belakang. Asyiklah melengser dekat dengan Iskandar. Lelaki memang suka perempuan yang begitu agaknya. Yang manja tidak bertempat. Yang seksa mata melihat.
Sekeping sampul surat diletakkan Amran di atas meja. Mata Anis melihat sampul itu. Ah! Sudah. Apa pula yang dimahukan oleh Amran kali ini. Pinggan mihun sudah diletakkan semula.
“Ni ada kes untuk engkau.”
“Amran...aku tak mahu.”
“Hish...kau ni. Anggaplah ni tugas fisabilillah. Kau membantu orang. Kau tak nak pahala?” Amran bertutur dengan serius.
Mahu ketawa Anis mendengar Amran bercerita tentang pahala. Amboi, Amran sudah mahu tazkirah!
“Aku rasa macam banyak dapat dosa adalah.” Anis menolak sampul surat itu. Jauh sedikit. Dia penat mahu menguruskan masalah hidup orang. Masalah hidup sendiri bertimbun.
“Ni dua ratus ringgit.” Amran mengunjukkan duit kepada Anis.
“Oui, banyak tu!” Jenny menjerit. Dia mengambil duit dari tangan Amran dan mula mengira. Hafiz hanya menggeleng. Tidak mahu masuk campur. Lebih baik makan kek sebelum Amran sambung makan kembali. Nanti tinggal udara saja yang tinggal.
“Banyaknya!” Anis memandang Amran dengan rasa tidak percaya.
“Kau nak amik tak kes ni?” tanya Amran sambil mengangkat keningnya.
Senyuman nakal melakari bibirnya.
“Ni kes yang last tau. Lepas ni aku tak mahu!” Anis mengambil duit itu dari tangan Jenny. Lepas kes ini dia akan insaf. Satu saja kes lagi. Satu. Anis berjanji dengan diri sendiri.
Sunday, February 19, 2012
Khilaf hati....
Salam,
Betul tak kalau saya katakan, sesetangah perkara kita tak boleh lupa? Walau berusaha untuk dilupakan, walau bersungguh-sungguh mahu bergerak ke hadapan dan bukannya tersekat di ruang masa lalu yang membelenggu.. Daya ingatan manusia ini pelik. Ada perkara yang kita patut ingat tetapi kita lupa. Ada perkara yang mahu dilupa tetapi asyik teringat.
Yalah, kita bukan robotkan. Kalau robot mungkin boleh reboot saja. Senang.... kalau susah sangat, masukkan virus. hehe....
Yang mampu kita lakukan adalah berdoa. Beberapa hari ini saya melihat tv dan asyik diingatkan.... lupuskan dendam, jangan memutuskan persahabatan....
Hakikatnya, kita hanya manusia biasa yg banyak khilafnya. Surah Ar-Ra'd ayat 39 menyatakan,
"Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan ingatlah pada sisinya ada ibu segala suratan."
Hati, bertabahlah. Segala ujian Allah itu untuk kebaikan diri sendiri juga. sabar... breath...

Saturday, February 18, 2012
Saya Orang Kampung : Daging Lemak Cili Api + Pucuk Paku Perak
Salam,
Menu di hari Ahad. Hehe, pagi2 keluar ke TEsco. Beli barang dapur. Sampai rumah pukul 10.30 terus kemas barang dan masak. 11.30, makan. Hehe...nyaman. Alah, masak satu lauk saja kan. Bolehlah cepat.
Bahan:
Cili api
Kunyit
Halia
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Pucuk paku perak
Daging
Kisar semua bahan. Jerang periuk, masukkan bahan kisar, masukkan daging. Letak garam. Daging dah empuk, masukkan santan. Kuah mendidih, masukkan pucuk paku perak. Bila mendidih sekali lagi, tadaaaaaaa... Siap.
Yieha.
Wednesday, February 15, 2012
Novel remaja : Akan datang......tajuknya DA
Salam,
Saya sampai ke HUKM jam 8.45 pagi. Sarapan dan kemudian naik tingkat 6. Ambil surat untuk ke unit Ginekologi. ambil injection dulu dan bermulalah episod...Ke menunggu dan menunggu dan menunggu.....
Jam menghampiri pukul 3 baru sampai rumah. Panas, penat dan lapar. Saya pun mandi, makan dan solat. Ya ALLAH lamanya ya di klinik ginekologi tu. Kesiannya pada perempuan2 yang hamil dan menunggu giliran... Wad ginekologi, memang penuh dengan orang mengandung!
Saya tak ada idea mahu update blog ni. Layanlah ya... coretan untuk novel remaja saya yang akan keluar insyaAllah pesta buku nanti (dengan izin-NYA)
HARI Sabtu yang panas. Mereka baru saja siap membersihkan kawasan sekolah yang menjalankan aktiviti kebersihan dan membanteras nyamuk Aedes hari ini. Zaris, Suzi dan Aisya duduk di tepi padang tersebut sambil minum bekalan air yang dibawa.
“Panas sungguh ya.” Aisya memulakan bicara.
“Panas ke? Mari aku sejukkan kau.”
Tiba-tiba mereka mendengar suara dan di dalam sekelip mata, tubuh Aisya basah lencun. Myra dan gengnya ketawa gembira. Mahu tidak lencun. Mereka menjirusnya dengan sebaldi air.
“Oui. Apa yang korang buat ni hah?” Suzi sudah mula naik angin.
“Dia panas. Aku tolong sejukkan.” Myra selamba menjawab. Lya dan Tini bersungguh-sungguh ketawa.
“Korang ni nak gaduh ke?” Zaris bersuara. Pandangan matanya berlaga dengan Myra. Memang penuh rasa kebencian.
“Kau pun sama. Jangan mimpilah nak kan Amirul tu. Dia, aku yang punya.” Myra memandang Zaris dengan geram juga. Mentang-mentang rumah Zaris dan Amirul selang dua pintu, Zaris ingat dia ada harapan memikat Amirul. Gadis perasan tidak sedar diri.
“Siapa cakap Amirul tu engkau yang punya? Mak Jah sedekah Amirul kat engkau ke?” tanya Zaris. Dia sudah lama berdiam. TGG ini memang tidak berhati perut. Asyik mahu mencari kesalahan orang saja.
“Kau ni nak kena ni...” Myra sudah mula mahu mengangkat tangan.
“Ehem.” Suara dehaman itu menyebabkan mereka semua berpaling. Enam pasang mata kini memandang Pak Abu, tukang kebun sekolah mereka.
“Aktiviti dah habis?” tanya Pak Abu.
Semua jadi diam.
“Kalau dah habis, bersurai.” Pak Abu berdiri tegak dengan memegang cangkulnya yang berkilat itu.
The Great Girls terus berjalan laju meninggalkan kawasan padang. Rasa seram melihat cangkul Pak Abu yang berkilat. Kalau kena cangkul, aniaya duduk hospital beberapa minggu. Lagi pun mereka seram melihat misai Pak Abu yang seperti misai A.Galak. Melintang tegak dan tebal. Memang menakutkan.
“Terima kasih, Pak Abu.” Aisya bersuara memecah keheningan suasana.
“Terima kasih, Pak Abu!” Seperti kakak tua, giliran Zaris dan Suzi pula mengucapkan terima kasih. Kalau Pak Abu tiada di situ pasti mereka sudah bergaduh. Mesti main tarik-tarik rambut! Tiga lawan tiga. Agak-agak ada peluang tak untuk menang? Zaris berbicara di dalam hati.
“Baliklah. Dah tengahari ni.” Pak Abu memberikan saranan lalu beredar dengan cangkul diletakkan di atas bahu.
Mereka melihat Pak Abu beredar dan menarik nafas lega.
“Benda ni tak boleh dibiarkan.” Suzi membuka mulut. Tangannya mengepal penumbuk. Lagak hero mahu mengamuk saja.
“Panas hati aku ni.” Zaris menepuk dadanya. Sudah seperti Hang Jebat yang mahu mengamuk pula.
Aisya membuka air mineralnya dan mencurahnya di atas kepala Zaris. Zaris diam termangu. Suzi sudah ketawa. Aisya wajahnya selamba sahaja.
“Kau kata panas. Aku tolong sejukkan.” Aisya berbicara.
Suzi menyambung tawanya. Namun tidak lama. Tawanya terhenti apabila Zaris mencurahkan air mineral ke atas kepalanya pula. Kini barulah adil. Mereka bertiga sama-sama basah. Tidaklah sebasah Aisya namun baju Zaris basah juga jadinya. Tudung Suzi pula sudah senget.
DA novel remaja saya.... teruja mahu melihat ianya menjadi nyata. Sementara tu.... layan ya. Daaa....

Monday, February 13, 2012
Lagi tentang CUD : novel ke 7
“Is kirim salam. Dia ucap happy birthday.”
Anis meletakkan garpunya ke atas pinggan.
“Dia tak ada mulut sendiri nak cakap dengan aku?” tanya Anis.
Soalan itu tidak dijawab oleh Jenny. Dia tahu Anis sedang marah. Apa juga jawapan yang dia berikan, Anis akan marah juga. Memang aktiviti yang membazir. Dia mendengar Anis mengeluh. Perlahan namun kedengarannya amat berat sekali.
“Dia jauh kat Tioman. Aku pun tak tahu dia pergi sana. Pagi tadi aku bangun, ibu aku kata dia dah keluar. Hilang.”
“Dia buat apa ke sana?” suara Anis sudah mengendur. Dia sedar ini bukan salah Jenny. Kasihan pada temannya itu yang terpaksa menjawab bagi pihak abangnya.
Jenny semakin berat hati mahu menjawab.
“Bagi tahu ajelah. Aku tak marah.”
“Esok birthday Nina. Dia nak raikan kat sana.”
Suasana ruang tamu itu jadi sepi. Hafiz dan Amran yang tadi sibuk makan, kini sudah diam menelinga juga. Nama Nina yang menarik perhatian mereka. Nina yang seksi. Nina yang manja. Teman wanita Iskandar yang baru. Edisi yang terkini. Baru berusia dua minggu perkenalan mereka. Masih hijau. Masih muda lagi. Mungkin kerana itulah Iskandar mahu memastikan sambutan itu romantik.
“Biarlah.”
Jawapan Anis itu menyebabkan mereka semua berpandangan. Anis tidak marah? Anis kelihatannya kembali menikmati mihun gorengnya. Bersungguh-sungguh pula nampaknya.
“Sedap mihun ni Anis.” Amran mengubah tajuk perbualan dan menceduk mihun untuk kali ke tiga ke dalam pinggannya.
“Sambal ni pun punyalah kick.” Hafiz menambah.
Anis hanya tersenyum. Dia tahu mereka mahu mengambil hatinya. Kalau tidak memikirkan yang ini adalah majlisnya, dia sudah lama meninggalkan rumah ini. Fikirannya kusut. Mendengar nama Nina, dia terasa seperti ditampar halilintar. Entah apa agaknya yang dilihat Iskandar pada gadis gedik itu. Berbulu matanya melihat. Nina yang tiada tulang belakang. Asyiklah melengser dekat dengan Iskandar. Lelaki memang suka perempuan yang begitu agaknya. Yang manja tidak bertempat. Yang seksa mata melihat.
Anis meletakkan garpunya ke atas pinggan.
“Dia tak ada mulut sendiri nak cakap dengan aku?” tanya Anis.
Soalan itu tidak dijawab oleh Jenny. Dia tahu Anis sedang marah. Apa juga jawapan yang dia berikan, Anis akan marah juga. Memang aktiviti yang membazir. Dia mendengar Anis mengeluh. Perlahan namun kedengarannya amat berat sekali.
“Dia jauh kat Tioman. Aku pun tak tahu dia pergi sana. Pagi tadi aku bangun, ibu aku kata dia dah keluar. Hilang.”
“Dia buat apa ke sana?” suara Anis sudah mengendur. Dia sedar ini bukan salah Jenny. Kasihan pada temannya itu yang terpaksa menjawab bagi pihak abangnya.
Jenny semakin berat hati mahu menjawab.
“Bagi tahu ajelah. Aku tak marah.”
“Esok birthday Nina. Dia nak raikan kat sana.”
Suasana ruang tamu itu jadi sepi. Hafiz dan Amran yang tadi sibuk makan, kini sudah diam menelinga juga. Nama Nina yang menarik perhatian mereka. Nina yang seksi. Nina yang manja. Teman wanita Iskandar yang baru. Edisi yang terkini. Baru berusia dua minggu perkenalan mereka. Masih hijau. Masih muda lagi. Mungkin kerana itulah Iskandar mahu memastikan sambutan itu romantik.
“Biarlah.”
Jawapan Anis itu menyebabkan mereka semua berpandangan. Anis tidak marah? Anis kelihatannya kembali menikmati mihun gorengnya. Bersungguh-sungguh pula nampaknya.
“Sedap mihun ni Anis.” Amran mengubah tajuk perbualan dan menceduk mihun untuk kali ke tiga ke dalam pinggannya.
“Sambal ni pun punyalah kick.” Hafiz menambah.
Anis hanya tersenyum. Dia tahu mereka mahu mengambil hatinya. Kalau tidak memikirkan yang ini adalah majlisnya, dia sudah lama meninggalkan rumah ini. Fikirannya kusut. Mendengar nama Nina, dia terasa seperti ditampar halilintar. Entah apa agaknya yang dilihat Iskandar pada gadis gedik itu. Berbulu matanya melihat. Nina yang tiada tulang belakang. Asyiklah melengser dekat dengan Iskandar. Lelaki memang suka perempuan yang begitu agaknya. Yang manja tidak bertempat. Yang seksa mata melihat.
Sunday, February 12, 2012
CUD : Novel ke 7, lalalalalala
“Kau nak marah aku sampai bila ni?” tanya Iskandar.
“Sampai raya haji.”
Iskandar ketawa. Anis terasa mahu menutup telinga. Dia benci mendengar suara tawa Iskandar. Terasa seperti hatinya dilanda bah besar. Sukar mahu bernafas. Dia menarik nafas dan cuba menenangkan diri. Mencapai pula terung bulat dan juga sayur kangkung. Ini bekalan untuk seminggu.
“Nak beli ikan tak?’ tanya Iskandar.
“Mak Mah nak ikan merah dengan ikan tongkol.” Anis memberitahu.
“Aku pergi tengok ada tak.” Iskandar berlalu ke bahagian itu. Langkahnya itu dilihat oleh Anis dengan hati yang berat. Bahaya sungguh. Dia segera mengalihkan perhatiannya. Ya ALLAH, janganlah begini. Iskandar itukan sahabat baiknya! Dia tidak boleh jatuh cinta dengan Iskandar. Tidak boleh! Berdosa.
“Amoi, boyfriend banyak handsome.”
Anis menoleh. Nyonya tua itu mengenyitkan mata dan mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Terperanjat Anis dengan kenyataan nyonya itu. Bukan salah diakan jika dia jatuh hati dengan Iskandar? Nyonya tua pun tahu menghargai Iskandar. Lagilah dia yang baru berusia suku abad ini.
“Ni ikannya.” Iskandar sudah datang kembali dan meletakkan dua bungkusan plastik itu ke dalam troli.
“Thanks.”
“Apa nyonya tu nak?” tanya Iskandar.
“Apa?” terkejut Anis dengan soalan itu. Nampak pula mata Iskandar perbualannya dengan nyonya itu.
“Nyonya tu nak apa?” Iskandar memetik jarinya di depan mata Anis. Baru menyambut hari lahir yang ke 25, sudah nyanyuk Anis. Semenjak dari tadi, tumpuannya seakan-akan terganggu. Entah apa yang difikirkan Anis agaknya. Fikiran Anis itu adakalanya seperti lampu kelap kelip selepas raya yang berselirat dan sukar dileraikan untuk mencari yang mana satu hujung, mana pula pangkalnya.
“Dia tanya mana bawang.” Anis menundukkan wajah. Ah! Hari ini dia menjadi seorang penipu.

Friday, February 10, 2012
Saya anak bongsu : kuikuikui... X pandai memasak?
Saya anak bongsu yg x manja. Kuikuikui.. Bila mak saya kata...adik tu adik ni... Kakak2 sy akan kata...cis, adik dah tua. Hihi. Tp sy still anak bongsu wlupun umur saya 70 tahun kn? Rezeki saya...d atas saya ada 3 org kakak. Sampai saya form 5...kakak sy msh iron kn uniform sekolah. Memasak jgn harap! Ya, sy x pndi nak memasak! Sampailah bila saya keluar dari usm. Duduk sendiri, rindu masakan mak...saya belajar memasak. So, msk memasak...saya ok! Jgn suruh buat kuih muih or kek. Itu jawabnya saya akan kata...bantulah industri kecil dan sederhana. Hihi. Kalau nak raya or kenduri or rmi2 balik kampung, saya memang rajin buat prep. My sis tinggal masak je... Saya suka buat prep. Hihi..
Dalam cerita kisyah, budak junior masterchef...ada scene, kisyah bercita2 nk belajar rajin2 supaya ada duit nk upah pembntu rumah yg pndai memasak... Hahaha...itu sah kisah saya. Waktu kecik dulu, mak saya yg pesan... Menjahit x pandai, memasak tak tahu...mesti belajar rajin2 supaya ada duit. Hehe... Alhamdulillah...saya pndai juga memasak sekarang. Yg mudahlah. Yg ada dalam novel2 saya tu...maksudnya, sy pndai masaklah.
Menjahit? Ops....setakat kain koyak n nk jahit oklh. Suruh guna mesin Singer tu? Huh... Jgn harap! Saya fail! Adik beradik ada 8. 4 llki, 4 perempuan...semua pndi menjahit guna mesin Singer mak kecuali saya. Hahaha. Entah2, nak buat gaun...jadi langsir! Sebab tu dlm CPD pula saya bercerita tntg perempuan yg x pndai memasak atau menjahit. Its reality! Tp yg penting...keinginan untuk berubahkan? Tahu x pndai.. Kena belajar sampai pandai. (ini merujuk tntg memasak ya, menjahit tu...sy ttp x kuasa nk belajar) hahaha.... Tp saya pandai mengait!! Ada lah pernah buat. Kuikuikui.

Wednesday, February 1, 2012
Mimpi d bulan Februari
Mimpi itu kn siaran astro yg x berbyr.. Jadi tidak slh saya melakar mimpi sambil berusaha menjadiknnya 1 kenyataan, bukan?
Sempena hari pertama Februari ini..sy berharap mimpi ini jd kenyataan:
1. Hemoglobin darah dapat dinaikkan. Selagi x naik, peluang trnsplnt nipis.
2. Pesta buku PWTC nanti adalah hendakNya...satu nvl remaja diterbitkan.
3. Pesta buku itu juga akan lebih manis jika, antologi thriller yg saya tulis...menjadi nyata. Pasti indah!
4. Menjelang Pesta Buku jga hrpn sy... Novelet Merah Cinta Kita sudah di ulang cetak. InsyaAllah.
Lagi apa ya?
Semoga segala urusan transplnt ini dipermudahkan. Semoga Allah merahmati saya.

Sunday, January 29, 2012
Friday, January 27, 2012
Saya Orang Kampung : Mee Bandung
Alhamdulillah.. Abang saya bungkuskan mee bandung untuk saya masa saya balik kampung tempohari. Sedap. Yummy... Memang ada kelas tersendiri. Tak jumpa kalau kat KL ni. Ada d Batu Pahat saja. yieha...
Wednesday, January 25, 2012
Saya Penulis : Diari Aktiviti 3
Marilah jumpa saya di MPH One Utama, pada 28 Januari Sabtu ini antara jam 2 - 5 petang. Mari kita bertemu mesra. Jangan malu ya nak tegur saya. Saya pun kadang2 pemalu juga. Kuikuikui...
Boleh dapatkan Cinta Perisa Dia dan juga koleksi Merah Cinta Kita.