Tuesday, December 30, 2008

Jika Benar Cinta Review

Dalam blognya: suesweetlurve.blogspot.com menulis tentang Jika Benar Cinta. Membacanya saya sendiri merasakan...ya memang susah benar mahu meraih cinta!
Reviewnya:
dalam gembira ada duka..dalam gelita..ada terang...namun dalam hati..wujudkah cinta?..sukarnya menjadi lisa..payahnya menjadi lisa..gembiranya menjadi lisa..sengsaranya menjadi lisa..peningnya menjadi lisa..semuanya terungkap di dalam novel jika benar cinta..karya lynn dayana..jika sebelum ini aku sering di hidangkan dengan kisah cinta dua darjat...kisah cinta terhalang..namun kini aku telah temui sebuah kisah cinta yg berbeza..jika benar cinta..benar2 mengungkapkan pengorbanan dalam mencari cinta sejati..percintaan selama 5 tahun musnah gara2 berubahnya hati..suka,cinta dan sayang yg di semai musnah kerana si dia menjadi milik org..cinta yg muncul selepasnya..betul2 membahagiakan..namun benarlah ajal maut dan jodoh di tgn tuhan..cintanya terpisah kerana allah lebih menyayangi org di sayanginya..namun deritanya tidak tamat di situ..rahsia demi rahsia yg terbongkar..meranapkan hati wanitanya..dalam hatinya merintih..mengapa harus dia yg menerima ujian ini..namun allah itu maha adil..pertemuanya dgn seorg lelaki di tanah perkuburan..membibitkan rasa cinta..dan cinta itu akhirnya mekar..harum dan mewangi..jika benar cinta..pengorbanan haruslah kita tempuhi dgn sabar..kerana duka yg mendatang..hadirnya bukan sahaja utk melukakan..tp hadirnya juga membawa hikmah yg mendalam..tahniah Lynn Dayana kerana berjaya menghasilkan novel yg mampu mengembalikan sebuah kisah cinta yg benar2 tragis..

Thanks. Kadang-kadang kita tak pernah tahu dan sedar...yang kita rasakan terbaik buat kita sebenarnya bukan rahmat yang ALLAH kurniakan. Kerana itu kita terluka, sebelum menemui our soulmate.

Monday, December 22, 2008

Teman Baru Emak

Emak bercerita tentang Pai yang akhir-akhir ini rajin datang ke rumah. Mula-mula, emak marah juga dengan Pai yang datang tidak berjemput tu tapi lama kelamaan emak jadi tertunggu-tunggu juga dengan kedatangan Pai.
“ Kawan baru mak, ya?” saya selamba mengusik.
“ Aah. Bila mak panggil dia, dia datang,” jawab emak sambil ketawa.
Saya menjengah ke rumah yang sedang dibina Pai. Nampak kukuh dan kemas hasil buatan tangannya.
“ Mak tak kisah ke kalau Pai duduk situ?”
“ Sekarang mak bagi Pai makanan. Mak bagi pisang.” Emak ketawa lagi. Jelas memberi restu.
“ Pisang? Pai makan ke?” Emak mengangguk dan memuji kepandaian Pai. Ya, emak memang ada teman baru. Bukan Paiman tapi Tupai! Haha… Saya pun teruja melihat Si Tupai yang melompat dari tembok rumah ke dahan rambutan yang ada di sebelah rumah kami. Tupai pun boleh jadi kawankan? Saya lebih teruja memikirkan apabila rambutan itu tiba musimnya. Agak-agaknya lakukah pisang yang disuakan emak? Atau akan berkongsikah emak kemanisan rambutan dengan Pai?

Thursday, December 11, 2008

Oleh kerana...

Oleh kerana ijab kabul di tangan lelaki, tidaklah bermakna kami si tulang rusuk yang bengkok ini perlu dipermudahkan.
Oleh kerana wang ringgit banyak berkepuk, pasak rumah yang dibina tidak semestinya kukuh bertahan.
Oleh kerana hati ini merindu, tidak bermakna rasa itu adalah cinta yang membara.
Oleh kerana harga petrol turun, harga barang makanan tetap juga menaik.
Oleh kerana kita yang datang awal, tidak semestinya kita yang pertama.
Oleh kerana hujan sudah berhenti, adakah tanda banjir tidak akan melanda?
Oleh kerana tidak bersama, apakah pasti rasa itu sudah tiada?
Oleh kerana duduk bersebelahan, terjaminkah ikatan setia?

Apa yang cuba saya katakan? Satu campur satu tak semestinya menjadi dua. Yang tersurat dan tersirat...jauh bezanya. " Rasa" itu tidak boleh dilihat di bawah mikroskop. Yang ada hanya ramalan... yang ada hanya rancangan. Yang tentunya kebarangkalian untuk gagal atau berjaya adalah 50% sama banyaknya. Ditambah doa, akan meningkatkah kepada 70%? Haha...kita mesti terus berusaha.

Tuesday, December 2, 2008

Antara Roti dan Kopi

Mana yang lebih menyedihkan? Kita menangis kerana kehilangan atau bila kita menangis dan takde sesiapa pun yang nak pujuk? Hahaha.
Mana yang lebih memanaskan? Kita bertanya soalan dan soalan itu tiada jawapan diberikan atau soalan yang kita berikan dijawab pula dengan persoalan yang lainnya?
Mana yang lebih menyakitkan? Jatuh cinta dan kemudiannya terluka atau jatuh tangga sampai berbalut lutut dek kerana cedera?
Mana yang lebih menyusahkan? Tayar kereta pancit di tengah malam buta atau anda kehabisan minyak di malam sunyi di jalan yang gelap?
Mana yang lebih mengecewakan? Budi baik anda dibalas dengan tipu dusta atau penipuan anda tetap tidak dapat menyelamatkan anda yang kekeliruan?
Mana yang lebih banyak berbicara? Roti yang gebu atau kopi yang hangat? Haha...tentulah roti kerana BREADTALK sedangkan KOPITIAM! Hehe.....

Apa pun pilihan anda, hasilnya tetap sama iaitu anda mesti membuat pilihan dan kemudiannya harus atau mesti terima apa juga kemungkinan yang mendatang.... Selamat Memilih! hehe... bunyi macam pilihanraya aje! Teringat dialog Meredith Grey kepada McDreamy dalam Greys Anatomy..." pick me, choose me...love me!" Sudahnya....dia tetap terluka!

Monday, December 1, 2008

Something sweet....




Lama... ya lama sungguh blog saya tidak dikemaskini. Sy sibuk dengan aktiviti dan outstation... sambil berselang seli tidak sihat. Kejap baik, kejap lagi nak demam. Dan bulan November ni juga sy buat 2 benda yg sy x pernah buat.


1. Walkathon ~ Jalan Kaki Amal di Lake Garden pd 22Nov


Tak pernah sy join aktiviti sebegini... klu ada pun masa zmn u dulu... Ini aktiviti paksa rela, hehe... mahu tidak mahu kami terpaksa join wp ada jugak niat.... ada 1800 org, klu kami hilang, ada org nampak ke? Hehe... but your guilty consience akan mengejarkn! So... saya dgn kawan2 pun lenggang2 kangkung have fun... seawal 6.30 pagi dah ada di situ. Org beriya-iya warm up, kami warm up jugak! Hehe tapi mata sempat menjeling kamera.


2. Treasure Hunt ~ 28 Nov


Aduhai...jenuh rupanya bila mencari harta karun. Ini pun seawal 6.30 pagi kami dah ke HQ di Jln Sultan Ismail. Susah rupanya ya nak menjadi navigator... nak cari gambar tersembunyi, nak cari hidden messages yg memeningkan. Ada 61 team yang bertanding... dan tanpa disangka selepas puas bertekak dgn bos, cari maklumat dr team lain, pening + migrain...hehe, kami menang tempat ke 9, RM320. Yeah.... ok wat, 1st time masuk blh dapat no 9. Hehe...

Thursday, November 13, 2008

Sebelum 2013

Antara perkara yang teringin saya lakukan sebelum 2013:

1.Umrah ~ Teringin saya menjejakkan kaki ke sana, memohon rahmatNYA.
2.Tukar kereta ~ di mata ni terbayang2 Suzuki Swift warna light purple atau pink Honda Jazz.
3.Berhenti kerja dan lakukan sesuatu yang saya sukai ~ buka kedai buku ke, cafĂ© kecil ke…hehe
4.Waktu tu, jumlah hasil karya saya sudah mencapai 10 novel. Huhu…yieha.
5.Melancong dgn best friend saya ke tempat yg bersalji, nak petik anggur dan epal.
6.Buat bungee jumping! Haha…mungkin ini yang paling tak betul di mata orang tapi bestkan?
7.Lebih banyakkan bersedekah, tingkatkan pengetahuan agama dan menjadi wanita yang lebih matang.
8.I want to have a baby…. Mhmm…susah ni.
9.Belajar berenang…swimming pool tu hari2 saya renung dan swimming pool tu pun hari2 mengoda saya. Haha.
10. Harap2nya 9 perkara di atas dapat dicapai!

Wednesday, November 12, 2008

Dalam hujan saya menulis....

Kak Eka kata saya ni pelik orangnya. Hehe... mana tidaknya, dalam kacau bilau... saya boleh lap airmata dan menulis manuskrip. Saya, sewaktu jiwa haru biru...huhu, makin laju saya menaip.
Pagi tadi jugak, Kak Eka kata... kalau airmata saya ditadah, dah boleh bela ikan. Saya sambil pegang tisu dan lap airmata, saya katakan... ikan masin jadinya dek kerana airmata saya! Haha. Kak Eka tambah, boleh bela ikan puyu. Saya balas, poyo bolehlah. Dan kami berdua ketawa terkekeh2.
Ya, itulah saya. Kak Eka kata kau ni buat majlis selalu meriah... hehe, ya.... tapi bila sorang2 ko nangis. Haha... at least saya buat orang riangkan? And in a way... I also make myself happy.
Pesan Laila yg jauh di Berlin... berhenti menangis, kau berhak bahagia.
Sebenarnya, saya dah ok. Tapi bila orang tanya aje, are u okay? Tak semena-mena saya jadi syahdu. Saya salahkan faktor2 ini:
a. Saya anak bongsu maka saya ni ada manja sedikit! ( Takde maknanya)
b. Kawan2 ni prihatin sangat, dgr suara saya bertukar idhram, cepat aje mereka meneka. ( Huh...nak menipu pun tak boleh)
c. Jam yang lambat bergerak (cepatlah jadi bulan march,09 atau april,09: cepat sikit!)
d. Telekomunisasi yg canggih ( Hp, email, pos... eee mcm2. Klu zaman dulu, duk diam2 mesti xde yg blh hubungi n luka cpt pulih? hehe)
e. Saya dicipta dengan 9 nafsu 1 akal ( of coz la saya mudah menangis...huh!)
f. Saya seorang penulis ( Otak kreatif sy ni berfikir 360 darjah. Ntah apa2 yg sy fikirkn. Skrip mcm2 dlm kepala, yang dramatik, yg psiko...lengkap mengganggu fikiran)

Sebenarnya, saya yang waras tahu... org boleh berkata apa saja tetapi saya yang bertanggungjawab mengubah diri sendiri. When i use hate and rage to overcome my sadness...i'm killing myself too. So... saya let go......

Tuesday, November 4, 2008

Bila Lelaki....

November datang lagi... Membaca Harian Metro hari ini.... saya diruntun kesayuan. Kisah Norman Hakim dan Abby Abadi sangat menyedihkan... Kisah adik perempuan yg dijadikan pemuas nafsu abang2 seramai lima orang buat saya terkedu. Cerita yg dibawa semalam tentang kecurangan kekasih membuatkan saya terpana.
Kenapa begitu ya? Ke mana hilang belas kasihan seorang manusia bernama lelaki? Kalau dah tak suka, be gentleman enough to let your partner know that you want out of the relationship. Kenapa mahu menyogok dengan penipuan... Be kind. Masa memulakan hubungan, ianya dilakukan dengan berhati2, maka sama jugalah sepatutnya semasa mahu mengakhiri. Bila lelaki hilang sifat melindungi, kepada siapa kita mahu menumpang berteduh?
Saat lelaki tidak kuat mengawal nafsu, ke mana dicampakkan rasa tanggungjawab pada anak dan isteri?
Saya tidak mengatakan semua lelaki begitu, tetapi akhir2 ini insan yang sebegini yang saya lihat. Mencari lelaki yang baik... sangat sangat sangat susah. Lelaki mudah benar berhenti menyayangi. Mungkin ada yang tidak bersetuju...tetapi inilah yang berlaku di sekeliling saya. Pada yang memiliki lelaki yg baik... bersyukurlah.... Pada yang ada pengalaman pahit... dengar lagu LASKAR PELANGI nyanyian nidji.... Nice....

Tuesday, October 28, 2008

I hate....

Bila Bali saya fikirkan sebagai an escape.... rupa2nya tidak. Dan bila saya kata, what more colud happen to me... hehe... banyak rupanya yang boleh berlaku lagi. Dugaan datang dan datang dan datang lagi.
Kes 1 :
Bila nak check in di kaunter Air asia... alamak passport saya tak cukup 6 bulan sebelum tarikh tamat. Emmm.... " Sorry kak, tak boleh ke Bali kalau macam ni." Saya dah mula panik. Kemudiannya diberitahu... kena bayar denda. Berapa? USD 100. Alamak, RM370 tu... sama dgn nilai nak renewed pasport baru. Saya anggukkan aje kepala wlu tanpa rela.
Kes 2:
Bila sampai Bali, saya tak tahu mana arah nak dituju. Kata manager Airasia M'sia, sampai sana ada staf akan iring ke kaunter. Hampeh...mana ada. Panik lagi bila saya diarahkan ke pejabat Imegresen. Kena tahan! Huhu... Saya mendapat ceramah percuma. " Berani ibu datang ke sini tanpa pasport yang betul. Kalau saya hantar balik bagaimana?" Saya dengan debar tapi remain cool... " Orang kat sana kata saya perlu bayar denda. Mereka yang bagi saya datang." Pegawai tu sambung lagi, " Besar dendanya ibu." Saya selamba lagi menjawab, " Saya diberitahu USD 100." Dia menjawab, " Siapa bilang USD 100? Lebih!" Alamak, dalam hati saya.... ini sudah lebih.
Huh... rupa2nya bukan denda yang saya bayar tapi.... Saya hidup2 ditipu.
Kes 3:
Lepas disoalsiasat dan bayar 'denda' saya mula mencari teksi. Rupiah 80,000. Dalam hati, mahal. Tapi sbb tak tahu, amik ajelah. Bila kuar dari airport tu, sy dgn kwn terpinga2 mencari teksi pulak. Tanya pd orang, selamba aje mat indon tu jawab, " Ini bukan taxi saya." Sy yg permah bertanya, " Teksi yg mana satu ya?" Dia menjawab, " Mana saya tau!" Aduh! Rasa nak sepak aje! Angin........
Kes 4:
Kami pergi ke hotel Adhi Jaya di Kuta. Sampai sana, telefonlah kawan yg dah awal ke sana. Hampeh... rupa2nya dia di Grand Hyatt di Nusa Dua. Uwa...jam dah kul 11 mlm. Badan dah letih. Amik another teksi... Ruppiah 150,000. Haus mengira.
Kes 5:
Game tahun ni, kami tak menang satu award pun. Malam yang penuh kesedihan....
Kes 6:
Bali sangat2 panas... balik dr sana, mak kata, " Gelapnya!" Uwa....
Kes 7:
Nak balik... flight tunda 3 kali. Dr 3.30 ke 5.30 then ke 7.30.... uwa......penat! penat!


Kesimpulannya: I hate Bali.....

Monday, October 20, 2008

Bila Terluka...

Salam,
Saya akan ke Bali selama 4 hari ( 21 - 24) atas urusan tugas. Dalam keadaan tsunami yang melanda jiwa, its good to be away.... Saya memilih untuk melihat masa hadapan dengan penuh harapan. Anggapan saya, what more could happen? Saya sudah dihujani kesedihan maka tidak mungkin saya akan ditenggelami lagi bukan? Emmm itu anggapan saya. Ujian dari Tuhan, siapalah saya mahu menolaknya.
Saya tiada sesalan, yang ada hanya rasa kecewa kerana saya rasa dipermainkan. Walau apapun yang saya katakan, walau seribu kali kata maaf yang diucapkan... hati saya sangat2 terluka. Sebagaimana saya sangat sangat sangat menyayangi dia, seperti itu juga saya sangat sangat terluka. Tidak mengapa, seluruh dunia mungkin dalam kesamaran, tapi dia dan saya sama2 tahu apa yang berlaku. It's enough....
Dunia ini cukup luas untuk saya hidup tanpa perlu mencuri ruang udara untuk dia bernafas.

Thursday, October 16, 2008

Emmm........

Kalaulah kesedihan itu boleh dikotakkan, maka dunia dia tidak akan mampu menampung perasaan yang saya berikan....
Kalaulah kekecewaan itu boleh dibukukan, helaian kertas di seluruh dunia ini tidak akan cukup untuk melakarkan rasa dendam....
Hari ini saya belajar sesuatu, kalau kita jujur dengan diri sendiri, maka segala soalan yang ada dalam benak fikiran kita, jawapannya ada di mana-mana.... Allah tidak pernah leka dalam memberikan petunjuk.
Harga diri manusia mengapa sewenangnya diperlekehkan...manusia kerap benar terlupa akan balasan yang akan mereka terima apabila menganiaya. Tidak mengapa...Allah akan menghakimi juga.
Lynn yang nampak kuat ni...rupa2nya hanya dibuat2 spt kt Laila... memang mengaku jauh benar dari nilai kesempurnaan.

Friday, October 10, 2008

Raya....



Gambar saya dgn cucu...
Gambar saya dgn sebahagian dari anak saudara...

Sunday, October 5, 2008

Syawal kali ini...


Salam,

Apa yang berbeza syawal kali ini ya?

1. Jumlah cucu bertambah menjadi dua orang. Dulu cuma ada Dahlia yang gemar sungguh memanggil saya Mak Usu bukannya Nek Su, tetapi sekarang bertambah pula Ikmal yang berusia 8 bulan.

2. Long saya tak balik tapi 4 anak mereka balik pada petang raya yang pertama dengan kek oren, kek gula hangus dan kek masam manis. hehe... saya cukup pandai mengorder. Haha!

3. Mak saya tak sihat, kakak pulak malam raya baru balik... huhu... sayalah jadi superwoman. Adik beradik lain kalau konon nak berangan makan hasil masakan emak...jangan harap. Hehe...dah tentu2 saya dgn kakak yg masak.

4. Duit raya : niat saya nak beri pada semua adik beradik dan anak sedara dan cucu tercapai jugak. Kelakar, abang saya siap kata... ni betul bagi ke? hehe...niat saya, alhamdulillah dapat ditunaikan.

5. Banyak sungguh baju raya saya tahun ni. Ada yg belum pakai lagi pun. Takdelah banyak...4 helai aje. Rekod tu sebab saya bukannya rajin berkurung or berkebaya.

6. Ohh raya kali ini adalah raya paling panjang saya pernah cuti. 9 hari! Saya sempat berjenaka... sempat kalau nak bertunang, nikah, sanding dan honeymoon! hehe... tapi sempat saya menambah, masalahnya saya ada BROOM bukannya GROOM! Hahaha.

7. Raya pertama kami dah berkonvoi. Kali ni anak sedara pun semua ikut sekali. Seronok berkonvoi ni bila dah sesat, hehe alamatnya semua pun sesat jugak! Satu kereta u-turn, semua pun u-turn. Kecoh jadinya.

8. Raya kedua, kami gi rumah adik beradik yg kat BP pulak. Rumah pertama, makan ketupat goreng dgn rendang daging. Rumah kedua, mihun taucu. Rumah ketiga, kakak goreng nugget aje. Lepas tu mereka pakat nak ke Air Hitam. Saya dah menjerit marah kerana saya ada temujanji lain. Tapi anak2 sedara ni meracun, baik punyer.... terpaksa saya anjak masa temujanji dan merempit ke Air Hitam... Pergh.... letih saya!

9. Panas. Ya... Syawal kali ini memang panas dan kebanyakan rumah, saya minum aje kerjanya. Kuih tak pandang pun!

10. Syawal kali ini juga saya merasa.....emmm....biar saya saja yg tau!

Sunday, September 28, 2008

Salam Lebaran

Salam lebaran buat semua yang sudi mengunjung blog ini. Maaf jika ada kata-kata yang mengecilkan hati, manalah tau ada coretan yang menyebabkan hati tersentuh atau coretan terpedas membuatkan ada yang sakit perut atau sakit hati. Sekali lagi MAAF dipinta.
Buat teman-teman penulis.... huhu.... Selamat Beraya... yg syok tengah menulis tu...berhenti jap ya. G makan ketupat dulu! Enjoy the rendang....
Buat mereka yg pernah membaca JBC dan HCT.... raya-raya ni, saya mohon maaf jika ada bahagian dalam karya yang buat anda geram, feeling atau terkekeh2 sendiri sampai org kata anda x betul! haha... maaf ya!
Bagi yang memandu... hati2 ya. Bagi yang jadi co-pilot, jgn tidur! Jumpa lagi......

Wednesday, September 24, 2008

Cerita Hati


Love: to exist it doesn't have to be returned. Emm... bunyinya kejamkan tapi itulah hakikatnya. Cinta boleh hanya bertepuk sebelah tangan saja. Dan walau sekuat mana tepukan anda, sesungguhnya ia tetap tak bermakna. Huhu... again kejamnya!

Jika orang lain yang berada dalam situasi ini, kita akan mengatakan... lupakan saja. Melangkah ke hadapan tentunya lebih mudah dari asyik mengundur ke belakang. Tapi, bila terkena diri sendiri? Susah juga.

Saya selalu berfikir yang setiap cerita ada 2 pihak sebenarnya. Dan cara kita melihat sesuatu perkara itu tentulah berbeza. Yg dah berkahwin ada mengatakan, tak yahlah kahwin...susah, leceh sbb jadi x bebas. Yg x berkahwin akan mengatakan, bosannya balik rumah sunyi. Bagi yg dah berkahwin... sunyi tu seronok sbb dah biasa dgn hiruk pikuk anak2, itu belum lagi bebelan mak mertua! Haha... It shows that life is full of surprises.

Oh ya... coretan saya tidak semestinya berkenaan dgn saya.

Monday, September 22, 2008

Bercinta Jarak Jauh

Bila bercinta jarak jauh...dugaannya banyak. Macam2 boleh berlaku maklumlah terpisah di hemisfera yang berbeza maka persekitaran yang berbeza boleh membuatkan hati juga berubah-ubah.
Kata Kak Eka, kalau boleh nak tengok hari2 depan mata. Bukanlah nak buat apa pun tapi mesti nak tengok. Agaknya dari orang macam Kak Eka nilah punca peribahasa yg mengatakan, tak nampak tuan punya badan...nampak bumbung rumah pun cukuplah! Haha...
Rindu, ya perasaan ini memang sukar ditepis. Bercakaplah di telefon berjam lamanya tapi bila phone diletakkan, rasa rindu datang semula! Huh! Tak percaya? Kalau tak betul cuba tengok bil orang yang bercinta... huhu.... boleh beli barang hantaran dah jumlahnya!
Sunyi... ni lagi satu perasaan yang sungguh tak sekolah. Dia jauh tapi macam terdengar suara dia, gelak tawa dia dan usikan dong dong dia. Dan bila lama tak jumpa, mulalah rasa sensitif datang menyerang. Mulalah soalan pelik akan keluar, " Tak rindu saya ke?" Jawapan yg diberikan akan menjadi pengubat hati, " Ye...rinduuuuuuuuuuuu."
Ah, itu semua rencah dunia bercinta dan berkasih sayang. Ayat-ayat cinta yang ajaib dan unik semuanya boleh dituturkan. Sejauhmana keikhlasan dan kebenarannya susah untuk diteka. Kerana itulah segala-galanya berteraskan kepercayaan.

Thursday, September 18, 2008

Lagu dan kita...

Apa peranan lagu dalam hidup kita ya? Adakalanya, waktu kita sedih dan begitu tertekan, mendengar radio pun kita akan merasakan yang lagu 2 tu macam dicipta khas untuk kita. La... kenapa lirik lagu tu macam tu! Macam sindir aje! Haha.... Funny tapi itulah yang berlaku.
Lagu yang saya paling benci sekarang adalah lagu Samson yg baru: Tak Bisa Memiliki... lagu ni sedap... tapi sedihnya mak aiii.... ' mungkin ku tak bisa memilikimu seumur hidupku!" Wow! How depressed can it be?
Lagu yang kedua menyampah betul nak dengar tapi bila lagu berkumandang saya tetap juga menyanyi adalah nyanyian Dmasive : Cinta ini membunuhku. Hearing all this sad songs actually are not good for your soul! Haha...
Lagu ke3 yg menyampah adalah lagu Sixth Sense: Tak Bisa Memilihmu. Lagu lama tapi the words are killing u!
And to make it worse... when the radio channel pulak macamlah takde lagu lain. Lagu tu jugak! Haha.... dan ada lagi lagu yang selalu buat saya sayu.... lagu raya! Eeee.... rasa nak suh orang tutup aje bila dengar. Bukan tak suka tapi emmm.... tak mau dengar!

Wednesday, September 17, 2008

Raya datang lagi




Salam,


Ramadhan yang ke 18... sekejap saja masa berlalu meninggalkan kita. Waktu ini rasanya ramai yang sedang sibuk juga memikirkan hari raya yg menjelang tiba. Saya? Emm... balik BP aje.


Baju raya? Saya x buat pun sbb pertengahan tahun aritu ada baju yang dibuat n masih belum dipakai lagi. Baju kurung pun jarang dipakai. Waktu beraya aje. Waktu majlis formal aje. Waktu lain.... hehe... jarang berbaju kurung.


Kuih raya? emmm.... tempah aje. Masa kecik2 dulu ada jugaklah tolong emak terap kuih. Sekarang... saya membantu industri kecil dan sederhana. haha... beli aje! Tapi dgn kawan2 yg boleh dipercayai kemahirannnya!


Duit raya? Kalau dah ada 21 anak sedara, 2 cucu... niat sedekah tu tetap dilakukan. Kaunter saya selalu laris! Haha... semua tak sabar nak salam mak usu!


Lagu raya? Yg paling sy suka lagu Kurung Biru... Sedih sungguh lagu ni. Ya... tetamu dtg tetamu pergi...


Cuti raya? Seminggu kot. Bukan nak ke mana pun. Bukan ada rumah mak mertua yg nak dikunjung. Huhu!


Kad raya? Emmm...biasanya kad raya Pizza Hut memang dapat allocation. Tp seperti biasa...lambat. Dan yg tahun lepas punya pun saya ada lagi! Yalah... zaman dh berubah. sms aje...


Lauk raya? Biasanya kami masak ketupat, ayam masak merah, sambal goreng, lodeh, sambal kacang. Tapi semalam kakak saya berpesan, malam raya tu tolong masakkan dia daging tetel masak kari. Ngidam agaknya!


Haha... baru 18 ramadhan n saya dah cerita tentang raya ya! Sebenarnya... raya juga adalah antara saat2 sepi dalam hidup saya. Tahun ini tahun kedua, tanpa abah. Dan dalam keriuhan, kepenatan kerana membasuh pinggan mangkuk dan gelas2 yg tak pernah tak ada dalam sinki, dalam gurau senda bersama anak saudara, abang dan kakak semua.... rasa sunyi itu tetap ada. Emmm......


Monday, September 15, 2008

Hak


Salam,

Alhamdullillah, manuskrip ke3 TLC berjaya disiapkan. Bolehlah saya menarik nafas lega. Tapi debar tetap ada kerana menunggu maklumbalas dari editor pula. Sebenarnya, waktu buku dah sampai rak kedai pun.... hati tetap berdebar kerana menunggu respons dari pembaca pulak. Haha... baby ke 3 ni ambil masa yg sangat lama utk disiapkan. Setahun! Novel ke4 saya ada 26 pg sudah dilakarkan. Minta-minta yang ini, tidaklah lambat benar siapnya tapi yg ke 4 ni untuk 2010 kot. Bunyi lamakan? Tapi kena masuk barisan sebelum boleh diterbitkan.

Hari ini saya teringin bercerita tentang hak.

1. Hak seorang emak kepada anaknya

Bagi saya, emaklah orang yang saya mahu gembirakan. Seboleh mungkin permintaannya saya tunaikan. Emak akhir-akhir ni suka pulak buat renovation. Bahagian dapur di tambah gril. Tanah tepi rumah disimennya supaya mudah untuk diletakkan pasu bunganya. Ruang beranda pula cadangnya nak diletakkan jubin. Sy pun laju bertanya, x boleh bawa masuk ketalah? Mak laju jawab, xpe...nanti mak pasang awning untuk kereta. Hah? Saya layan aje. Tapi sempat saya mengusik... mak nak sambut menantu ke? Mak saya ketawa menjawab, " Dah ada ke calonnya?" Of course... saya jawab dengan gelak tawa sahaja. Emmm....

2. Hak seorang teman kepada temannya

Bagi saya, bila seorang teman gembira maka hak dia untuk kita turut bergembira dengannya. Ucapkan tahniah, doakan kejayaannya. Sebaliknya, kalau kawan kita berduka... you should listen. You should show that u care. Kunci utama berkawan adalah kebolehan untuk mendengar. Untuk memahami walau hanya dgn perubahan nada suara mahupun riak muka.

3. Hak seorang kekasih

Tiada hak untuk memiliki sebenarnya. You can expect and dream whatever you want. BUT in reality... it's still up to the other person, how to react. Kita boleh menjerit sekuat-kuat hati... percayalah, dia masih boleh bersahaja kerana dia tidak mampu mendengar kita or choose not to listen. Dalam bercinta, it's either u have it or u don't! The courage of keep on hoping sometimes can be a silent killer. Emmm.....

Thursday, September 11, 2008

Ramadhan


Salam,

Saya ni suka benar berfikir. Teman rapat memberitahu, ' dont think too deep, dont seek too much...just enjoy the ride!"

Hasilnya, mahu bersuara tetapi saya diamkan saja. Mungkin saya kena belajar untuk menjadi seorang yang penyabar. Emm....lupakan kisah saya yg tak seberapa. Semalam buat kali pertama saya ke pasar ramadhan di Tmn Tenaga Puchong. Yang saya beli adalah nangka masak lemak, nasi kosong, rendang hati daging lembu dan air mata kucing. Jeng,jeng,jeng...jumlahnya RM7.50. Mahal ke? Saya pun x pasti sbb akhir2 ni ramai yang menyatakan pasar ramadhan mahal harga barangannya. Yalah, saya ni makan seorang tentulah tak terasa sangat.

Semalam juga sewaktu berbual dgn kawan, saya menjerit kerana cemburu. Mak dia menghantar makanan... ada nasi impit, nasi putih, mee goreng, kari ayam kampung, rendang daging, asam pedas pari, nangka masak lemak, pucuk ubi masak lemak, ubi rebus, sambal tumis.... uwa.... tension saya mendengar. Especially part pucuk ubi dan ubi rebus cicah sambal tumis! Emm... kenapalah dia jauh sangat. Kalau dekat, sah saya pergi. Haha.... banyak betul mak masakkan untuk anak bujang dia yang dari awal puasa tak dapat balik kampung! Geram dengar! Anak kesayangan emak, nak buat macam mana!

Oh ya... tidak lupa... TAHNIAH untuk Lily Suriani @ Yong... yang menyajikan TIKA RINDU BERLAGU untuk ramadhan kali ini. Yong.... mcm mana mahu melupakan kalau rindu terus berlagu tak mahu henti macam radio rosak? on and on and on....... Haha....

Monday, September 8, 2008

Musim dingin ini....


Pagi-pagi lagi saya sudah tersenyum. Cubaan untuk memelihara hati yang sangat-sangat rapuh. Redhakan saja. Itu jalan yang terbaik. Kalau sudah tertulis inilah jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah yang ada maka saya terima. Kepada Dia saya meminta keampunan. Kepada Dia saya meminta pengertian. Semoga ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayang memberi ruang untuk saya memulihkan diri.

Terima kasih kerana mengajar saya erti kesabaran.

Novel ke3 tinggal 29 page to go. Semalam email yg saya terima dari Singapura membuatkan hati saya yang mendung berubah menjadi ceria untuk seketika. Terima kasih kerana sudi meberikan komen. Saya selalu berkata, dalam hidup ini kita tak akan dapat semua yang kita nak. Kita kena bersyukur. Ya...itulah yang sebaiknya. There is always tommorow. There is always untapped opportunities and chances for us to grab. Life is to short for us to have a mourning heart. I'm sad but I'm glad. This chapter of my life is not something that I'm proud of but I'd also learn a lesson. Tentunya juga...ujian Tuhan adalah guru yang terbaik. Tidak bersuara tetapi mendidik kita supaya akur dengan rahmatNYA dan cuba melihat hikmah dalam kesamaran. Kalau hati ini cuaca...musim dingin ini sudah terlalu lama dilewati.

Sunday, September 7, 2008

Love story...

It's fun when you begin a relationship. Everything is exciting. World has a new meaning. Along the way, we'll find out that with the relation comes responsibilities. You need to guard your words, you need to guard your heart. And when you expect more...it doesn't happen as you imagine it will be. You are in the same ride with him but you might not end up at the same destination.
Questioning your heart doesn't really help because your minds can become so illogic when you are in love. Its not easy to fall in love...but believe me... it'll be much more harder when you fall out of love. Haha...
There are times when whatever you do...won't make any difference. Heart vs hard! Sounds alike but with different meaning. Be patience but sometimes the unsatisfied feeling eating you from inside.
Ya...Jika Benar Cinta mengapa sukar benar mahu memelihara cinta? Atau segala rasa yang pernah ada sudah sampai tarikh luputnya. Sudah mahu berhenti menyayangi? Emm...I dont know what to say...

Wednesday, September 3, 2008

Indahnya Ramadhan

Bila hati saya tak keruan, bila hati saya berantakan dan mendengar lagu Dmasive yg baru - CINTA INI MEMBUNUHKU....doesn't really help.
Indahnya Ramadhan...moga dapat mengikat hati agar tidak dipengaruhi.

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan...
Akhir2 ini sy seperti tak keruan. I lost my soul! Astaghfirullahalazim... tak mungkin sampai begitu kan? Emmmm.... sy ketawa seperti biasa. Sy juga ada masanya menangis seperti biasa. Berpindah ke rumah baru...saya cuba menghilangkan segala kekalutan fikiran. Dari fikir sesuatu yg tak pasti, baik saya fikir tentang langsir warna apa yg sesuai dgn dinding. Haha!
Menulis... emmm, ada dilakukan. Sambil2 cari curtain, punggah pinggan mangkuk dan mengemas rumah yg tak habis2. Saya mimpikan kesempurnaan...bukan yg total tapi sempurna di mata saya, yg tentu masih ada cacat celanya.
Ramadhan yg pertama... saya merasakan sudah sampai masanya saya menjarakkan diri. Jauhkan diri dari semua masalah yang membelenggu fikiran. Semalam, keluar BP pukul 12.30, pukul 3 saya sampai KL. Huhu...sy meluncur laju! Nellie kata, saya DONG. Dia tanya, saya kejar waktu buka ke? Sy jawab, bukan. " It may sound illogic and absurd, but I'm trying to put a distance from me and JDT. I'm driving fast so I can move on?" Haha... itu yg dpt hadiah DONG dari Nellie.
Minggu lepas sy juga ke KK. Sementara tunggu flight, sy mendengar perbualan 2 org ex student Univ Sarawak. Sy katakan EX krn mrka baru saja habis majlis konvo. Sorang Melayu, sorang Cina. Tgh berbual, d malay girl tu tanya... CLARK tu daerah mana ya? Dia merujuk pada destinasi Airasia yang sedang buat final call. Kwn yg Chinese tu jawab, 'tak taulah. Saya pun tengok juga dari hari tu tapi tak tau.' Sy nak saja mencelah dan menjawab, ' Filipina, dik!' Haha... yg sy risaukan, mereka berdua ni cikgu. Kursus pendidikan. Huhu. Memanglah peta Filipina tapi maklumat umum tu....
Emm...pd semua bloggers, Selamat Menyambut Ramadhan. Moga mendapat rahmat dan keberkatan.

Thursday, August 21, 2008

Rasa Hati


Hati rasa tak sedap.

Kalau dimasak kicap, pasti masin.

Dimasak asam pedas pasti masam.

Digoreng pasti hangus.

Dibakar pasti hangit.

Tuesday, August 19, 2008

Avilla Apartment



Letih....tapi happy! hehe. tak sabar rasanya nak pindah rumah baru. Semalam stay kat sana sampai kul 8 lebih kerana tunggu perabot dtg dan Rose yg bertandang. Dan mlmnya terasa sunyi tapi tenang. Rasa memiliki yg membuatkan hati rasa nyaman. Mcm bunyi org gilakan tapi... berjalan ke bilik... sy terasa: wow... this is my bed. My sofa, my dining set, my wardrobe...my fridge, my tv... Haha... kan sy dah kata, sounds crazy! Bila gerak ke balcony... wow...my swimming pools! Padahal berenang x pandai! Tapi klu nanti dah btl pindah, I promise myself...akan belajar swimming! Akan tampal iklan: LOOKING FOR A MACHO INSTRUCTOR! Haha....

Tapi banyak lagi yg perlu dibuat sebelum boleh berpindah. Brg yg kat rumah skrg ni lum dikemas. Banyak buku n baju aje. And few colour boxes. Ya, pindah ni mmg penat tapi sebab kali ni pindah ke rumah sendiri, saya happy!

Wednesday, August 13, 2008

Menjaga Hati

Bila kita rasa kita ni tak kuat...kita sebenarnya ada kekuatan untuk mengharungi ujian yang datang. Saya selalu ada anggapan... hujan turun mesti berhenti. Banjir pun pasti surut. Itu jawapan default saya yg sering digunakan utk memujuk hati sendiri. Banyak nasihat yang saya terima... saya mendengar sahaja, tidak bermaksud saya menerima kerana ada masanya... saya seakan sudah tepu. Benarkah cinta menyebabkan manusia jadi buta dan tuli? Jadi sukar mahu menerima kenyataan dan selalu hanyut dalam ilusi.
Saya tidak pernah percaya sehinggalah saya sendiri yang mengalaminya. Believe me...it's sucks! Especially when you can't have what you want. Dalam novel, semua pun serba indah kerana kita menulis mengikut acuan rasa hati dan mimpi sendiri. Realiti? Tidak begitu. It's hurt and somehow loving him making me forgot to love myself. Dia jadi keutamaan lebih dari diri sendiri. Segala kata-kata yang disusun seboleh mungkin tidak mencederakan hatinya sedangkan diri sendiri hati sudah remuk redam... hancur jadi debu!
Emmm.... bagaimana saya yang waras boleh jadi hilang segala logik? Kenapa terlalu mengikut rasa? Maka akhirnya saya membuat keputusan.... Kembali menjaga hati sendiri! Yang lain-lain.... biarlah masa yang menentukan, kerana saya percaya... ALLAH lebih mengetahui! ALLAH lebih menyayangi.

Wednesday, August 6, 2008

Magik...

Kalau saya ada kuasa magik, ini mungkin akan saya lakukan:
1. Bila sunyi, saya culik kumpulan Peterpan dan suruh mereka menyanyi depan saya tanpa henti.
2. Bila sesak jalanraya, saya tukar kereta menjadi awan yang memindahkan saya terapung di langit biru dan sampai ke destinasi yang ingin dituju.
3. Bila rindu, saya pejamkan mata dan dia akan segera menghubungi saya.
4. Bila hilang inspirasi, saya akan mampu menyusuri tasik, meredah belukar, terbang di angkasa agar saya mampu meneroka alam ciptaanNYA.
5. Bila sukar membuat keputusan, saya menutup suis yang menghubungkan segala rasa antara kami berdua. Biar hilang....segala yang tidak berkemungkinan.

My Own Definition....

1. Life is not a bed of roses...
Maksudnya: Dlm hidup ni banyak halangan... tak seindah yang kita impikan. Tiada istilah sempurna.
2. Better late than never
Maksudnya: Daripada tak insaf... walaupun lambat sikit insaf... tak apa... asal jangan terus hanyut! Hehe betul ke?
3. When it rain... it pours
Maksudnya: Kdg2 ujian yg datang tu alamak... menyerang sekaligus. Sekali hantam... sampai jatuh terduduk, terjelepuk dan boleh terhospitalized! Haha
4. Listen to your heart
Maksudnya: Dengarlah kata hati... rujuk pada naluri. Kdg2 kita dah di beri gerak rasa tapi kita saja yg menolaknya. Tapi kdg2 bila hati menjerit... kita ttp juga tak mendengar. We choose not to. Why? Emm... hanya kita yg tau!
5. You are stronger than what you think
Maksudnya: Kuasa minda memainkan peranan yang penting. Klu kita fikir kita kuat... kuatlah kita. Cuma apabila kita membiarkan emosi mengalahkan logik saja kita akan terus jatuh dan jatuh lagi....

Tuesday, August 5, 2008

Hanya Kau Yang Mampu...

Salam,
August datang dengan cepatnya. Hari ni pun dah 6hb. Ops... macam mana nak capai target ya? hehe... berjayakah saya memerdekakan diri 31 Aug nanti? Emm.... panjang keluhan saya. Entah kenapa, TLC (novel ke3) ni sukar benar mahu ditamatkan.... Dah setahun saya menulisnya! Huhu...
Rose Harissa khabarnya sudah mula menulis dengan laju dan Lily S dgn teruja memberitahu, tak nak lawan ke? Hehe... niat memang ada tetapi entah kenapa saya ni 'moist' sungguh akhir2 ini. Dan yg paling kelakar, ramai pulak bertanya saya... jiwa masih kacau? Emmm... bagaimana mahu menjawab ya? Saya masih begini juga. Saya beritahu Dhiya, " Jauh beribu kilometer kau tinggalkan aku... and selepas dua minggu... kisah hidup aku masih sama!"
2 Aug lepas, emak buat kenduri. Semua adik beradik berkumpul, seronok memang seronok. Yg bestnya, segala jenis buah2an ada. Saya yg demam, tapi bila nampak Long bawak durian... saya capai juga. Kesian kat dia... bawak dari jauh! Hehe!... Akibatnya... saya hilang suara. Dan yang paling tak best saya hilang selera... wp menunya best: Nangka lemak cili api + daging tetel, sambal goreng tempe, ikan kering bulu ayam, sambal belacan, sambal tumis udang, ayam masak kicap.
Yum...yum... tapi demam! Dalam keriuhan adik beradik dan kakak ipar serta abang ipar, anak saudara and cucu... hehe... saya ada 2 org cucu... saya melihat sekeliling dan terasa syukur kerana berada dalam suasana yang gembira. Rasa sunyi yang datang saya tepis biar pergi jauh...
' Kun Fa Ya Kun... tak akan terlambat @ tercepat walaupun sesaat. Saya percaya pada kuasaNYA. Adakah dia didatangkan sebagai rahmat...hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.'

Thursday, July 24, 2008

Aku Hanya Serangga

Pernah tak terjadi pada diri anda, the same song keep on playing inside your mind? You start humming... emm melankolik jadinya! lagu yang asyik saya nyanyikan 2,3 hari ini adalah lagu kumpulan Bumiputra Rockers. Haha... lagu Aku Hanya Serangga. Ada sesiapa yang tahu lagu tu?
" Mengapa aku tak dapat melupakanmu...
Antara perjalanan, sepi menangkap waktu...
membuat aku rindu... membuat aku rindu...."

dan rangkap terakhirnya yang buat saya jadi sedih...

" jadilah aku...pengingat yang setia
Kerana aku tahu...aku hanya serangga...
di taman belantara...."

Emm... apa nasib si serangga ya? Siapa yg suka pada serangga? haha...Kalau kena pest control... sah mati!

Monday, July 21, 2008

Esok...23 July di ASTRO AWANI!

Salam,
Pagi tadi saya terima panggilan dari editor Alaf21, Kak Wan yang dari bulan lepas sudah menghubungi saya kerana mahu meminta saya menerima undangan Astro Awani, rancangan WW yang dikelolakan oleh Dang Suria. Saya minta ampun kerana bulan July jadual saya memang penuh dengan kelas.
Mujur kelas saya esok dibatalkan maka emm.... esok saya akan muncul di rancangan tersebut. Tepat pukul 11.45pagi. Sepuluh minit saja! Hati saya menenangkan diri sendiri tetapi terfikir pula kalau saya x dapat jawab soalan bagaimana? Haha...
So... minta2 esok semuanya berjalan dengan lancar. InsyaALLAH...moga dipermudahkan.

Thursday, July 17, 2008

Peperangan Antara Akal & Hati

Sy terbang ke Kuching pd petang Rabu, 16hb July. Flight delay... Haus betul. Tp bila memilih AirAsia...ini sindrom yg biasa. Dah naik lali. Flight penuh... 1jam 45 mnt x terasa. Dgn fikiran yg serabut, sekejap saja terasa perjalanan ke Kuching kali ini.
Mlm tadi, sempat menghubungi Dhiya yg mahu berlepas ke Spain. Dia seronok dlm debar dan yg best, bila sy dapat tahu kak Eka dan Laila m'hantar Dhiya ke KLIA. Hehe..ya ini kwn2 yg m'jadi anugerah dlm dunia penulisan.Sempat kak Eka dan Laila bertanyakan khabar dgn saya. Jwpn standard sy adalah : OK.
Whatever happen inside my heart and my mind, sometimes are too complicated to be shared with others! Terima kasih pd mereka yg concern, jgn risau...sy masih lagi blh bernafas. Breath in, breath out...
Heart : I'm in a mess, I hate myself. I should b stronger.
Mind : You can do it, Lynn. You'll be okay! You are strong. This is part n parcel of life.

Ya, peperangan antara akal dan hati, hebat benar berlaku akhir2 ini.

Sunday, July 13, 2008

Harapan...

Hari ini sedar2, July dah separuh bulan. Wau... 2009 macam esok lusa aje dah datang. Lajunya! Cepatnya! Dan saya berharap, berdoa.... hidup ini dapat dilalui sebaik mungkin. Amin... InsyaALLAH.
Lama tak menulis blog, sy tak tahu apa yg nak diceritakan. 6 hari sy di Penang - penatnya tak terhingga. Sampai hari ini, tulang temulang terasa macam salah saja kedudukannya. Hehe... kena jumpa pakar tulang atau paling tidak kena cari sup tulang ni. Yieha!
Apa yg seronok di Penang? Emm... tak ada apa yg nak diceritakan. Malah ada yg sewajarnya patut dilupakan. Sometimes words only make things worse. Berdiam mungkin cara yg lebih baik. Sy teruja mahu menghabiskan TLC wp jadual hidup sy nampaknya mak aii.... penuh gila. Yg pasti waktu ini, hati sy kadang2 lapang, kdang2 serabut. But life goes on.... so, live it! Yg saya lakukan sekarang adalah breath in,breath out... Semalam sy membeli 2 helai lagi baju tidur. Kalau boleh saya mahu tidur selama seminggu... hrp2 waktu itu semuanya sudah pulih dan dunia lebih ceria. Hehe... tak semestinya kan?
Semalam juga sy menonton Hancock! Emmm.... how I wish I have his power. Habislah hutan sy lenyapkan, entah berapa banyak kerosakan yang sy akan lakukan. Haha...no wonder ianya tidak mungkin akan berlaku!
Semoga ALLAH merahmati saya dgn kesabaran...

Sunday, June 29, 2008

Teman dan nasihat....

Salam,

Sabtu lepas saya singgah ke Pesta Buku di Alaf21, mahu bertemu dengan Dhiya Zafira. Kami kemudiannya berpinau berpusing2 dalam hujan mencari Seksyen 24/1. Kami singgah menikmati sup ekor dan roti canai dalam hujan yang lebat. Bercerita tentang kisah2 hati, harapan dan tahniah juga pada Dhiya kerana KDB sudah cetakan kedua dan RBB pula semakin hangat d pasaran.

Apa cerita terbaru tentang saya pula? Haha. Tak taulah. sewaktu di alaf, Mersik ada bertanya, " Lynn.... jiwa kacau lagi?" Saya jawab dengan gelak ketawa. Saya memang begitu. Kacau2 jugak tapi ketawa, ketawa jugak!

Semalam Ahad, saya buka TLC yang lama saya ketepikan kerana kesibukan tugas. Dapat juga menulis satu bab. Huhu...satu pencapaian tu selepas lama menyepi. Kesian pada watak2 saya. lama tidak disentuh, diolah dan digahkan personalitinya!

Emmm.... berbalik pd kisah jiwa kacau. Kacaukah saya? Hehe... entahlah. Waktu ini saya tenang seketika. Tetapi tidak tahu setakat mana. Lalui saja hidup ini sebaiknya. Allah lbh mengetahui yg terbaik utk kita. Dlm undang2 negara, saya tidak bersalah tetapi di mata masyarakat.... saya ini mungkin banyak dosanya! But we are not supposed to judge other people life and choices when we alone have so many flaws...

Saya pinjam kata-kata Laila, ' Org blh kata apa saja tapi kita yg merasanya ni saja tahu apa yang berlaku."

Friday, June 20, 2008

Senyum saja....

Huhu... hati sy cemplang cemplung hari ini. Betul rupanya apa yg sy katakan dlm lif pagi tadi. Kwn menegur, ' Wah nmpk ceria hari ni!' Sy menjawab, ' Ya, setakat 8.30 pagi!'
Haha... masin mulut sy. Selepas 8.30 pg, dunia jadi kelam kabut. Kenapa ya, banyak sangat politik di pejabat. Geramnya! Saya sudah ditimbuni dgn kerja yg melambak, tapi msh ada yg tak berpuas hati.
Sy bukan superwoman! Makanan kudapan sy bukannya gambir sarawak/ tongkat ali/ kacip fatimah yg blh membuat saya bekerja 24jam. Yg sy minum cuma Ribena yg kaya dgn vtmn C/ Milo spy sy sihat dan kuat serta sirap limau supaya kemerahan warnanya boleh meresap ke dalam hati spy lebih meriah hidup!
Haus! Ya.. memang boleh haus jadinya bila politik berleluasa tanpa parti yang halal cara penubuhannya.
Dong dong, bila ramai yang GK ( Gila Kuasa bukan Gila Kerja) hingga kucar kacir jadinya.... suasana pejabat.
Saya menarik nafas.... perlahan. Bila kerjaya ini yg sudah jadi pilihan maka segala dugaan, hadapilah dengan senyuman!

Wednesday, June 18, 2008

TLC

Kalau HATI ini marathon, maka larianmu hanyalah menghala ke arah ku.
Kalau HATI ini bunga api, percikannya memeriahkan hidupmu
yang lama suram tanpa aku.
Kalau HATI ini dosa, maka ampunkan aku kerana hadir dalam hidupmu.
Imanina: Tiba-tiba suara yang paling aku benci, suara itulah yang aku rindukan. Gelak tawa dia yang menyakitkan hati kini selalu benar hinggap di telinga dan usikan dia kalau boleh aku mahu selalu. Selalu....!
Maya: Kau dah gila bayang!
Imanina: Tapi.... I can't! I'm never his, he will never be mine! We are so different.
Maya: Walaupun kau sendiri mengaku, dia adalah magnet yang merosakkan kompas hidup engkau? Lari ke utara, kau tetap di tarik ke selatan?

p/s: Alhamdulillah.... apartment dah boleh diambil kuncinya! Yieha....

Tuesday, June 17, 2008

Situasi demi situasi


Situasi 1
Anda menyenanginya. Anda mahukan dia. Anda dapat membayangkan keserasian yg ada akan membuatkan anda akan berpeluang membahagiakan dia. Ops…STOP.
Dia yang dipuja rupanya sudah dimiliki! Mahu berhenti? Mahu berjuang mendapatkan dia? Huhu…rintangan sudah pasti. Tenaga untuk menghadapi semua yg bakal berlaku terlalu banyak.

Situasi 2
Anda mengenalinya sudah terlalu lama. Apa yg digemarinya, apa yg dibencinya…semua pun anda tahu! Dia memahami anda. Anda sangat-sangat memahami dia. Dia ada dalam hidup anda. Anda ada dalam hidup dia. Satu kebiasaan yang sukar mahu dihapuskan. Tiba-tiba muncul orang ketiga yang membuatkan hati dia berdetak sedangkan hati anda hanya mampu retak melihat dari kejauhan. Rasa kehilangan? Rasa menyesal membiarkan peluang berlalu pergi? Seribu rasa menggelodak hati dalam masa hanya sesaat.

Situasi 3
Cinta anda berdua luhur. Soulmate. Bila anda berbicara, dia mampu menghabiskan ayat yang anda mahu lafazkan. Dengan melihat, dia sudah tahu apa yang ada dalam fikiran anda. You, without him are like a world without an air. Life will be empty. You believe in his honesty but then something happen. You smell the perfumes that are never in your collection. He doesn’t laugh at your jokes anymore. He looked suffered when you are together. What will you do? Letting go seems like the best option that you have. You are loosing him anyway even when he is silently seat beside you.

Monday, June 16, 2008

Kisah Sepanjang May...

May sudah berlalu namun ada kisah yg sy mahu ceritakan:
Dalam masa 4 hari ini, saya sudah membeli 3 pasang kasut. Kenapa ya? Mungkin kerana saya ada anggapan dengan berpasang-pasang kasut yang saya ada, maka saya akan lebih tabah melangkah menuju masa depan yang penuh ketidakpastian? Emmm…
Bulan May juga saya membeli baju tidur 3 pasang. 1 pink, 2 biru laut…nyaman. Saya suka kata-kata yang ada di baju tersebut. Yg pink tu bertulis: LOVE, LIVE, LAUGH: maka bersesuaian dengan diri saya yang tidak tenang pada waktu itu. Kata-kata motivasi yang hanya boleh saya baca jika saya tengok cermin! Macam tak logik ya! Haha. Yang biru pun sama: LIFE IS GOOD. Emmm…cubaan untuk memujuk hati yang kacau.
Bulan May juga saya outstation ke Penang, Kuching dan J.Bahru. Melihat game yang dianjurkan, saya kadang-kadang amazed dengan jumlah rakyat Pizza Hut yang saya kenal. Hehe… bila ada yang menyebut perkataan dong dong, sah mereka pernah menghadiri kelas saya. Mahu mengingati semua yang pernah ‘ eat, laugh and share’ di bawah bumbung Pizza Hut memang susah juga kerana over the years… there are so many of Pizza Hut-ian! Haha.
Sepanjang May juga, saya duduk di 5 buah hotel. Dari yang semewah Hilton di Kuching yang RM 300 lebih semalam, saya juga sempat bermalam di Hotel Sun Inn yang RM 90 semalam apabila rumah saya dipecah masuk dan kerana jurugambar polis datang lewat maka pintu rumah tak boleh dibaiki sehingga jam 12 malam. Hotel Nashmir di Juru ( mcm kat Kashmir!) Haha… beberapa kali dengan bunyi orang jatuh katil! Entah apa aktiviti riadah yang dilakukan! Di Penang, saya tinggal di Vistana manakala di Kulai, Johor saya tinggal di RJ Hotel. Hotel yang ni kalau nak tahu berapa bintang, kena buka tingkap dan kira di langit!
Apa lagi yang berlaku sepanjang May ya? Rumah kena pecah dan laptop hilang. Developer kata apartment saya akan siap hujung June nanti dan mulai bulan ini saya sudah mula membayar sewa rumah! Lagi satu… anak saudara saya bertunang. Saya tak pergi pun, saya pergi seminggu sebelum majlis. Saya tolong pilih renda dan gubah hantaran tapi saya tak sanggup nak datang ke majlisnya. Saya kepenatan… penat travelling. Penat jiwa kacau…
Bulan May juga bermula musim bunga dalam hidup saya…yang bersulam kaktus kerana ada dalam tiada memang bukan sesuatu yang senang dihadapi.

Wednesday, June 4, 2008

Hati...

Salam,
Akhir2 ini banyak benar dugaan dlm hidup. Ada masa, nak menarik nafas pun terasa payah. Mujur ianya boleh dilakukan dalam tanpa sedar. Kalau tidak, entah2 saya akan terlupa.... Mengapa ada masanya, kita merasakan seolah2 segala2nya tidak memihak kepada kita? Astaghfirullahazim...terasa seperti tidak bersyukur pula. Setiap hela nafas yang kita ambil pun adalah rahmat dariNYA. Setiap pagi apabila kita celik saja mata, ALLAH sudah menganugerahkan kasihNYA kepada kita.
Emmm....saya nak dikatakn bukan seorang yg penyabar... saya bersabar juga! Cuma kadang2 kesabaran pun ada limitnya. Ada tarikh luputnya... Dan bila masa itu sampai, saya akan senyap dan sunyi saja. Itu pilihan saya! Saya tidak mahu menjadi beban kepada sesiapa... Cukup2lah....
Hati saya hari ini macam buah watermelon yang dipetik sewaktu hari hujan, tawar. Tawar sangat.
Hati saya hari ini macam telefon yg kehabisan bateri, tidak ada tenaga, tidak berdaya...
Hati saya juga bagaikan petang yang suram...kehujanan dan tiada cahaya...SEPI.

Sunday, May 25, 2008

Alam Khayalan

Salam,
Saya seakan-akan berada di alam khayalan... alam dimana saya memungkinkan segala yang tidak pasti, tidak wajar, tidak logik dan tidak realistik kpd sesuatu yang ada kemungkinan untuk berlaku.
Kenapa? Emmm.... saya sendiri keliru.
Adakah saya dipengaruhi cerita Indiana Jones yang nyawa pelakonnya lebih dari nyawa seekor kucing? Buat apa pun...selamat saja! Haha...
Manuskrip saya di mukasurat 297....lama tak berganjak, lama tak bergerak. Emm... TLC ni betul2 tender loving care jadinya! Huhu... Rasa iri ada bila mendengar ramai rakan yang sudah menghantar manuskrip tetapi saya kena terima hakikat...kerja saya melambak nak disiapkan. Kelas demi kelas kena saya selia dan bulan ni asyiklah out station... Dan seperti yg saya katakan... saya hidup di alam khayalan. Melompat dari awan ke awan, bersembunyi di balik pelangi...dan bermukim di wilayah seribu mimpi!

Wednesday, May 21, 2008

Buat Masa Ini.....

Salam,
Maaf kerana blog berhabuk sedikit...Saya dihambat dengan kesibukan tugas. Ke sana sini sepanjang bulan ni. Nak bernafas pun aduhai... Kalau ada anggapan yang saya sibuk menulis manuskrip... huhu... sejujurnya tidak saya sentuh pun...
Insyaallah, saya akan update blog esok dgn lebih banyak...cerita yang happening!

Thursday, May 8, 2008

Bingkisan Dari Hati

Selamat Sunyi...
ya...
saya akan menyepikan diri buat seketika

Sunday, May 4, 2008

Mallacca




Salam,

Last weekend, on 3rd May, sy dan 2 org kwn ke...Melaka. Saja nak melapangkn fikiran yg x lapang, hati yg x tenang dan nurani yg kesayuan. Hehe...

Seawal 6.35 pagi saya kuar dr rumah. Bersarapan di RnR Seremban, kemudiannya terus ke Melaka. Pagi...so tak bnyk kereta. Nak m'hilangkan bosan, sy mula buat kuiz dong2. Melihat plet kereta, sy buat teka teki. WMD kereta Toyota Unser, teka orang tu kerja apa? Soo, kwn sy kata, salon unisex. Nellie pakat gelak. Sy kata, salah! Wa Managing Director! Hehe...

WJS pula lalu. Soo pun tanya, yg tu apa pulak? Hmmm, Wa Jawa Selangor? Hahaha... sesuka hati kami jadinya. Smpi Melaka, MBH.... My Beautiful Husband? Sy kata...My Bloodyfool Husband lagi sesuai... Jahatnya kan! Jumpa pula MBN. My Beloved Neighbour? Hehe.

Kami ukur Mahkota Parade, berjalan di Dataran Pahlawan...yang dejavu sbb, kedai yg sama ada kat tgh bangunan and then hujung bangunan, ada lagi kedai yg sama! Pergi Carrefour, pusing semula sbb x best...then lepak di Starbucks... Kami tgk org, org tgk kami. Haha... Yalah, gaya kami lain kot. Tp ke kedai2, mesti org tnya... dari mana? Nmpk bkn org Melaka kot!

Sy nampak satu signboard restoran yg buat sy ketawa. Restoran Sederhana Ria! Klu kami pergi mesti kena halau sbb kami kuat ketawa sdgkan, theme restoran tu ...sederhana aje! Huhu.

Smpi dkt Digital Mall, sy sebut kuat2. " Sy sms rindu. 20 saat kemudian, dia sms sayang. Saya rasa dunia, kami yg punya" Nellie dah jeling tengok saya. Hairanlah tu sbb fon sy x berbunyi pun. Sy dah gelak... sbb sy baca iklan Celcom sebenarnya. Cute,kan? Hehe. Kami lunch di Restoran Selera Kampung. Menunya: Kepala ikan jenahak asam pedas, dgg salai + pegaga lmk cili api, sambal sotong, tempe goreng dan ulam. Lepas mkn, nellie kata...perut dia PEDAS. Sy kata, sure lepas tu LINGGI dan REMBAU. Haha... klu yg biasa highway ke KL mesti tau. Signboard tnjk arah jln: Pedas, Linggi, Rembau. Haha. Dong2 kan sy.
Kami tgk Congkak. Hehe...takut part mula je. Bkn takut tp elemen terkejut2 tu yg benci. Kami jngh juga Eye on Mallaca yg comelnya!

Pukul 6.30 kami ke Jonker Walk...hehe kami mencari beg sebenarnya. Tiga2 senyum dpt beg yg digilakan. Kul 8 kami kuar dr melaka. Kul 10.30, supper di Burger King D'sara. Sy pun dpt mesej, " Balik2 la berjln tu..." Sy balas, " Mana tau sy x balik lagi? Klu sy kt, sy dh kt rmh?" Balasan sms yg sy dapat kill the mood for the day. " Nothing to say"... Betul org tua kata, banyak ketawa...mesti nak sedih. Huh! Mujur pukul 1 lebih pagi tu, antara sms yg diterima adalah... ' nothing to say ditarik balik, hahaha... ketawalah semula!" Mhmmm.......

Sunday, April 27, 2008

Hati, jiwa dan nurani menaiki SNOWBALL

Salam,
Hati saya lapang... selapang padang sekolah rendah saya yang luasnya hanya sekangkang anak kera berumur 3 bulan? Haha... Besar mana tu ya? Emmm... tentulah tidak sebesar mana! Tentulah juga asyik off side... Tapi saya tabah...walau tersadung dek akar yang berselirat kerana padang yang tidak terbela... saya akan bangun semula.
Jiwa saya tenang... setenang ombak laut waktu airnya surut. Kocakan dan badainya tidaklah kuat namun saat menghempas pantai... getarnya tetap ada. Nama pun ombak... pasang surutnya sudah lumrah alam. Sekejap tenang...sekejap lagi tidak.
Nurani saya sayu... walau dihujani gelak tawa yang mesra di telinga, walau hati terusik dengan dong2nya...walau bibir tidak berhenti mahu mengukir senyuman.
It's a mixed feeling... and I'm riding a snowball... as the time passing by, I keep on rolling.... bigger and bigger. Unfortunately, when the season change... I'll be leaving high and dry! Tentu sakit bila jatuh,kan? Dan kesakitan itu walau sudah dijangkakan... pastinya tetap juga menyakitkan. Mahu berhenti? Emmm....biarlah dulu.

Wednesday, April 23, 2008

Persamaan Matematik Kehidupan


Salam...
Musim hujan + kerja + travelling = musim demam.
Demam = manuskrip tak bergerak x bdn sakit > jiwa kacau / hati tak tenteram.

Persamaan matematik yang sungguh senang dibuat! Saya pada bulan April ni memang meletihkan. Menjengah ke jadual May... aduhai lagi letih nampaknya! Saya baru balik dari Cherating, Club Med. Suasana tenang tapi cuaca panas! Minggu depan saya ada kelas di Batu Pahat. Yeah...bulan ni 3 kali sy berulang alik ke BP... sakit badan tapi dah tanggungjawab. Malam tadi, sms yg sy terima buat sy tersenyum, kemudiannya mengeluh dan akhirnya beristighfar.
" Dah lah, jgn fikir yg bukan2 ye, berehatlah... bagi ruang untuk akal dan badan menikmati kelegaan"
Sebelum itu mesej dia adalah, " Cukup2lah menyalahkan diri sendiri!"
Entah kenapa, akhir2 ini saya mengaku saya banyak membuat kesilapan... Hmmmm.....
Bersama hidung yang mengalir airnya... kepala yang bengong krn pening... sy berdoa agar segalanya berakhir dgn sempurna. InsyaALLAH!

Tuesday, April 15, 2008

Dunia Yg Dong2....atau saya?

Salam,
Saya selalu dipengaruhi persekitaran saya. Dan tanpa sedar...mereka yang disekeliling saya juga dipengaruhi saya! Huhu.
Pagi semalam sewaktu memandu ke tempat kerja, sy menerima mesej.

Ts: Kat mana, we at level 3
Ld: Ok. I kat mahkamah
Ts: salah apa?
Ld: Mencuri hati
Ts: Eh... salah besar ni
Ld: Hahaha...hak sekeping hati!
Ts : Tapi hak boleh ditukar ganti
Ld: Takut ada yg tergadai jiwa.
Ts: Ambil surat pajak kalau nak gadai.
Ld: N suffer for d whole life? Huh...
Ts: Tak yah nanti ada org tebus je

Dan bila ada org bertanya, dari mana idea menulis dan membuat lawak dong2 saya datang, inilah jawapannya.... hidup saya ni penuh dgn org yg dong2! Ada yg kata, I'm blessed with an advantages of being dong2 and making me easier to get along with people. Betul juga tapi kadang2, senyuman di bibir, gelak tawa yang ceria...meriahnya hanya di mukadimah jiwa. Hmmm....tapi sy berjanji dgn diri sendiri: Take whatever Allah offers to me. Even if the happiness is only a breath of a fresh air. Even if it means, at the end of the day...my heart will be broken and shattered. Tapi satu kelebihan hati manusia... it will be fine. InsyaALLAH.

Monday, April 14, 2008

Catatan diari 130408



Salam,
Semalam Pesta Buku berakhir dengan keadaan PWTC yang sesak dengan pengunjung dan saya diserang migrain! Berpinau mata tapi rasa seronok tu memang tak boleh digambarkan... happy kerana berpeluang berjumpa dengan ramai peminat dunia novel. And each words that they told me, make me felt appreciated!
Bagi yang baru mendapatkan JBC dan HCT, harap2... berpuashati dengan karya saya.. penulis yang baru mahu mencuba bersaing dengan ikan2 besar yang sudah pandai berenang bermacam2 gaya sedangkan saya ni, kdg2 lemas, kdg2 kuak lentang gaya scuba diving! Haha!
Semalam juga hari yg padat. Bermula dgn breakfast dgn DZ di Legend Hotel ( Sy mls nak balik rumah, so stay kat sana...hehe...ada org mcm ni ek!) kemudiannya berpesta buku, kemudiannya bergegas ke stadium untuk konsert Celine Dion dan menutupnya dengan supper di Equatorial Hotel ( ini kes, x pandai nak melarikan diri bila diajak VP Pizza Hut yg terserempak waktu di konsert). Masa kat sini sempat tengok Arsenal vs MU.
Saya tidur pada pukul 1.30 pagi dengan senyuman yang keletihan! Suara Celine Dion memang amazing! Mexican Wave yang dibuat peminat memang sporting. And while sitting on the cold cement of the staircase... my mind are wondering... how lucky we are as Malaysian. So many races inside the stadium and everybody sitting so close together in peaceful environment walaupun angin juga pada mereka yg kerap lalu lalang menyahut nature call! Hehe...
Dan yg best, masa berkonsert... bnyk pula idea yg datang... dialog2 antara Imanina dan Airel dalam TLC... emmm.....

Thursday, April 10, 2008

Jika Saya...

Jika saya seorang wanita yang hilang arah tujuan, mungkin ini taufan di hati saya:
Am i loosing my sanity? Am I looking for things that are so unreal that even an alien will think it as out of space? I have been questioning myself, whether I'm being ignorant or just plain stupid! The problem is... I'm so tired of facing challenges in my life. I can't breath... I should be thankfull with all the good things in my life... but I'm just a normal person.
My heart can't take it any longer... Aku redha atas ketentuanNYA. Namun, aku mahukan kamu!

Jika saya seorang pembunuh yang putus cinta, mungkin ini gejolak rasa saya:
I want to kill him. I want him to bleed until the green grass turn to red. I want to strangle his neck for making me living in pain.... I want to stab him, direct to his heart for thousand times. Akan ku bunuhmu kerana menyakiti aku. Rasa dosa yang datang tidak akan menjadi sesal tetapi satu kemanisan yang tidak terlukis walau tanganku dipenuhi seribu warna.

Wednesday, April 9, 2008

Pemenang Kuiz Hak CINTA Terpelihara

Congratulations To The Winner!
First : Hamidah Omar
2nd: Aznida Abu Hasan

Silalah emailkan kepada saya alamat penuh saudari berdua untuk membolehkan voucher di hantar ke rumah saudari. Atau jika sudi mahu bertemu saya, datanglah mengambil hadiah di Booth Alaf21, pada hari Sabtu atau Ahad ini ( 12 & 13 April,08) tetapi kena hubungi saya dulu ya. Sekali lagi tahniah. Sesungguhnya bukan mudah memilih pemenang, dari itu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih pada yang sudi menyertai kuiz. Terima kasih juga kerana sudi menelaah HCT untuk mendapatkan jawapan yang tepat.

Antara jawapan no 10 yg diterima: Membaca HCT membuatkan saya...

1. Tergelak ketawa dengan teka teki Raihan , bergembira dgn p'sahabatan Qartini, Yus dan Neesa, walaupun Sarah dan Ain tiada.

2. Ternanti2 sekuel selepas HCT kerana saya tahu war between the daughters lebih menarik.

3. Merasai pelbagai emosi spt sedih, gembira dalam mempelajari tentang nilai persahabatan, kekeluargaan, keagamaan dan persaudaraan.

4. Saya gembira dgn pengakhiran kisah Qartini, Neesa dan Yus tetapi sy gusar dgn permulaan kisah anak2 mereka.

5. Mahu membaca semua karya Lynn Dayana yg lain dan menjadikannya koleksi peribadi.

6. Terasa dibuai-buai dan perasaan tersentuh dan mengerti betapa pentingnya persahabatan dlm hidup seseorang.

7. Merasakan cinta itu perlukan pengorbanan dan nilai sebuah persahabatan tidak boleh ditukarganti.

8. Tersengih dan ketawa sorang2 dalam lrt, m'balas balik teka teki hampeh kawan sepejabat yg suka tunjuk terer dan telah jatuh cinta dengan Hairi yang menjadi rebutan.

Monday, April 7, 2008

Bukan Satelit

Jelas sudah engkau telah jatuh hati
Masih jua engkau cuba nak sembunyi
Jangan begitu...Siksa dirimu....
Sampai bila kan berterusan begini
Bina hadang guna melindungi diri
Takut berulang...Hati terluka...
Seperti dulu...
Kita MANUSIA bukannya SATELIT
Mampu TERPULAU mengorbit angkasa
Pastinya kita...perlukan sentuhan jiwa ke jiwa
Menolak sengsara kesepian...
Selalunya peluang datang sekali
Jangan biarkan ia berlalu pergi
Runtuhkan saja...Segala halang...
Dikelilingmu...
Kita MANUSIA bukannya SATELIT
Mampu terpulau mengorbit angkasa
Sampai bilakan berterusan begini
Usah hanya kau menjadi pemerhati
Dunia berlalu...
Saya suka lagu Elyana. Saya suka tajuk2 lagunya. Kalis Rindu, Kasih Berkalih Tuju, Hati Bentuk Cinta... entah kenapa, saya rasa tajuk2 ni macam adik beradik tajuk2 novel saya. Haha... It's out of norm. The lyric makes me see things from different point of views.
Kita semua bukan satelit... Sy tak boleh hidup tanpa teman... Sy akan kesunyian...
p/s: Keputusan KUIZ HAK CINTA TERPELIHARA akan saya umumkan esok!

Pusara abah



Salam,
Setahun berlalu tanpa sy sedari. Apa agaknya yg sudah sy cpi ya sepanjang 365 hari ni.
Alfathihah untuk abah, Mohammad bin Saat.
Cuaca cerah tetapi hati sy mendung.
Banyak yg berlaku...banyak juga yg tidak berlaku, namun sy percaya ALLAH lebih mengetahui!

Wednesday, April 2, 2008

Pesta Buku PWTC ~ 4 - 13 April,08


Salam,


Saya akan bertugas pada 3 hari sewaktu Pesta Buku di PWTC.
6 April ~ Sunday, 12 April ~ Saturday & 13 April ~ Sunday.
Bagi yang mendapatkan HCT, saya ada sticker kereta sebagai oleh-oleh. Jumpa di sana.


Pagi Yang London....

Saya terima mesej ni awal pagi ni, " When we think we are wise, we don't actually have wisdom d depth of ocean. When we r being silly, we try to convince ourself that silliness is a growing process. So where do we find ourself? Minimum wisdom and at d height of silliness put us in d NORM position. Therefore, u and I r just NORMAL. Plain normal with normal pains that comes with normality"

Sy membalas, " Mhmmmmm"
Dia membalas semula: "Itu aje?"
Sesaat sy berfikir dan menulis: " Becoz it's so true! N it makes me wonder, what am I doing? Am i crazy enough or am I blinding myself?"
Dia membalas: " Then its hard for me to say..."

Cerita kami sebenarnya ada yg difahami tetapi ada yg tidak difahami! Haha... dia meneka, saya pula hanya memberi bayangan. Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu, sukarnya saya mahu berkongsi rahsia hati. Segala2nya serba samar dan tidak jelas...
Minggu lepas, kawan saya ni membuat satu perbandingan.
Dia: Do u know d difference between being realistic dengan logical? It sounds alike but actually its different.
Sy: Apa dia?
Dia: As a realistic, when you meet a men, u judge him for what he is. You love him for himself! But as a logical person, you see men, not only himself but things that related to him. His family, his ability to support you, his career and a lot lah. And which kind of person do u think will be more happier and meet men of their dream?
Sy: Realistic. Maksudnya, I ni org yg logical?
Dia: Ya! U must learn to be realistic!
Sy: So which one r u?
Dia: I'm married so u can't asked me!

Kata-katanya buat sy berfikir sepanjang malam. Esok pagi, sy sms dia : Y u told me about being realistic or logical, hah? R u sensing something?
Dia m'bls: taklah... but did i push some buttons?
Sy m'jwb: ya....belly button!

Haha... beginilah saya. Rose kata saya degil. Rinn semalam selamba kata: Hang ni ketegaq, tingkat 60! Ceh... Yong tadi kata, kau ni kenapa? Jawapan standard sy: Mana ada apa2. Aku ok.
Mhmmmmmm.... Pagi yang london sy akhiri dengan KL yang suram... dilanda hujan! Sekian!

Sunday, March 30, 2008

Anugerah dan Cinta...

Salam,
Semalam sambil melihat Anugerah Bintang Popular, saya menaip TLC ~ novel yg ke3 dan pada masa yg sama sy juga bersms. Tinggi produktivitinya tetapi pada masa yg sama, fikiran sy melayang entah ke mana2.
Ada sms yg bertalu2 masuk.

Nell : Sedap suara Jalaludin. M’goda.
Lynn : Tak sedaplah.
Nell : U bias. Klu Grissom yg menyanyi, voice croacked like a frog pun u kata merdu!

( Haha : Ya, sy mmg suka Grissom… datanglah seribu lagi CSI, Vegas ttp plg sy suka)

Saya membalas: Ya. I love with a blind heart, handicapped kidney and bleeding tears!
Dia pun membebel…: U with ur descriptive words. Memang penulis, HUH!
Bila Mawi menang, Nellie m’hantar sms: Mawi lagi?
Saya menjawab: U beli The Star, x mengundi, jgn nak bising!
Bila Siti menang: Siti lagi? Kata batik theme, kenapa Arabian? Mana K?
Lynn: U ni mcm2….

Haha, kawan saya ni dah rosak! Terpengaruh dgn lagu Melayu. Her son said, “ Mummy, day by day u turn to Malay!” Saya mencelah, “ Salah! Day by day ur mum turn to be Indonesian!” Hehe… dia blh menyanyi lagu Nidji, suka gila lagu Kenangan Terindah dan Kekasih Gelap. Kelmarin, dia beli cd Faizal Tahir krn jatuh cinta dgn lagu Sampai Syurga. Dia juga minat sungguh lagu Nurul ~ Tangisan Syukur! Haha, ya… we are just being a normal Malaysian who share same interest. Who believe, you should enjoy whatever you likes without thinking about the race or other differences. Dia makan tempe. Hantu sungguh dengan paru dan ayam lemak cili api campur pegaga yg saya masak. Emmm…

Sunday, March 23, 2008

Sukarnya...

Salam,
Saya selalu cemburu pada mereka yg mempersiakan CINTA. Kekasih yang baik ada tetapi tetap juga tidak puas hati. Suami yang prihatin, tetapi isteri pula tidak ambil peduli! Kenapa ya?
Mungkin kerana lahiriah manusia yang tidak pernah rasa CUKUP. Sudah ada yang A, kemarukkan yang B. Emmm....
Semalam sewaktu saya membaca suratkhabar ruangan surat untuk Putri, ala yang ruang kaunseling tu... saya terketawa. Umur 26, gadis ini mengatakan mempunyai 3 buah kereta , 2 motosikal, 1 rumah, 1 kondo dan satu perniagaan sendiri. Katanya, pengalaman cinta bersama 8 lelaki tidak memberangsangkan dan sebelum August ini dia merancang untuk berkahwin namun kini bingung kerana perlu memilih antara 4 lelaki yang ada di sampingnya, siapakah yang paling layak untuk dijadikan suami!
Aduh, 4 orang sekali boleh dijadikan pilihan? Sy tak tahu nak kata apa. Nak kesian, rasanya tidak. Nak marah adalah! Haha... tetapi masalah dia, maka tentulah dia saja yang merasa bebannya! Namun saya akui membuat pilihan, bukannya mudah! Dia berharta maka mungkin dia takut, lelaki yang datang... sekadar mahu menumpang kesenangan.
Apalah dosa gadis yang berjaya, baik dalam kerjaya, pelajaran dan mengumpul harta ya? Emmm.... Rencana TUHAN, pasti yang baik dan penuh hikmah.
Selain dpd itu, tak sabar rasanya nak menunggu April datang. Wp April ini, jadual hidup buat saya merenung kalendar dengan rasa kagum! Banyaknya agenda, kelas dan meeting!
Harap2 sy akan dapat beli tiket Celine Dion, berjumpa dgn peminat2 novel, mak selamat pembedahan mata dan have fun di Club Med, Cherating minggu berikutnya. April, datanglah segera....

Monday, March 17, 2008

KUIZ HCT


Salam...

Soalannya:

1. Dimanakah lokasi cover HCT diambil?
2. Kemanakah Ain menghilangkan diri dan mengapa?
3. Berapa lamakah Eric sudah memeluk agama Islam dan mengapakah dia menukar kepercayaannya?
4. Mengapakah Hajah Fatimah membenci Qartini?
5. Berikan nama anak Yus bersama Kamal?
6. Apakah gambar2 yang Eric MMSkan kepada Qartini?
7. Apakah penyakit yang dihidapi oleh Sarah?
8. Peristiwa apakah yang menjadi punca untuk Yus mengubah penampilannya?
9. Siapakah nama kanak-kanak kecil yang ditemui oleh suami Neesa di Pulau Tioman?
10. Sambungkan ayat berikut, tidak melebihi 20 patah perkataan. " Membaca HCT membuatkan saya....."

Kuiz Hak Cinta Terpelihara

Salam,
HCT sudah ada di pasaran 2 setengah bulan. Perasaan saya? Masih lagi bercampur aduk. Ada yang suka, ada yang tidak, ada yg kata menyerlahkan kematangan saya dalam menulis, ada yang mahu saya kekalkan humor dalam setiap novel saya. Syukur alhamdulillah, semua teguran, komen dan pujian saya terima seadanya. Kalau ada yg menyebut tentang HCT pun saya sudah bersyukur kerana saya tahu bukan mudah mahu bersaing dengan penulis senior yg sudah tentu jerung gaya penulisannya. Haha... meminjam kata2 laila, dhiya dan kak eka... saya ni ikan lumba2, maka saya berjanji yg saya tak akan berhenti walau sudah tiba di garisan penamat.
Di sini saya mahu mengumumkan tentang kuiz HCT. Penyertaan terbuka kepada semua pembaca.
Jawapan mesti dihantar sebelum 4 April,08 ke alamat email saya: lynn_dayana@yahoo.com.
Hadiah : Voucher sajian istimewa di Pizza Hut bernilai RM 50 ( tempat pertama) RM 30 ( tempat kedua).
Apa kuiznya? Akan saya masukkan selewatnya pagi esok. 10 soalan mudah yang hanya boleh dijawab oleh mereka yang membaca HCT baris demi baris. Haha! Jika ada yang sama tekaannya maka saya akan memberi teka-teki ajaib.
Semoga sudi menguar-uarkan pada rakan2 bloggers yang lain.....

Tuesday, March 11, 2008

TLC

Airel: Do you love me?
Imanina: Yup! As much as I hate you!
Airel: Do you hate me?
Imanina: Emm... depends, but... not as much as I love you!
Airel: Sengaja nak buat I confused?
Imanina: Salah I ke kalau you confused?
Airel: Bila nak habis berhujah kalau setiap soalan dibalas dengan soalan?
Imanina: Tidak semua soalan perlukan jawapan.
Airel: Habis tu kenapa orang bertanya? Sebab suka2! Syok!
Imanina: Emmm... I sms jawapan boleh?
Airel: Janji?
Imanina: Janji! But it might takes another hundred years...
Airel: You guna teknologi apa? Lambat benar sampai....kena pusing bulan dengan matahari dulu ke maklumat tu?
Imanina: Tek-no-logika? Haha...

Sunday, March 9, 2008

Teka teki yg Kedua!


Haha... siapa sangka, idea gila saya untuk membunuh keboringan diterima baik oleh novelis yg lain. Ada yg kata, tak maulah... kaki kecik! Ada yg kata, kasut aku tak cantik... Hehe... yg kelakarnya dalam tak mahu... menghulur juga kaki.

Yg paling sakit perut tentulah saya kerana, cadangan gila saya... mereka ikut saja. Kak Anis dah sah, tak boleh dekat dgn saya... asyik terkekeh aje! Ok... meneruskan cabaran di blog kak Lily.... ini pula cabaran ke2: Teka kaki / kasut siapa? Ikut arah jam ya. Mula dgn kul 12... kasut hitam busuk tu.... hahahaha....

Tuesday, March 4, 2008

Brunei Book Fest ~ Buku Untuk Masa Depan





Salam,

Ramai yg bertanya, seronok di Brunei? Jawapan ikhlas: Seronok dari segi sambutan peminat. Sy kan penulis baru jadi sy rasa amazed dengan sambutan yg diberikan. Rasa malu pun ada juga. Yg paling happening juga adalah 'kegilaan' bersama semua novelis. We have fun! We laugh until we are in tears!

Terima kasih pada ALAF21 kerana membuka ruang utk saya bertemu dgn peminat dunia novel di Brunei!

Monday, February 25, 2008

kawan2 dan saya

Friendship... terjemahannya: Kawan atas kapal, maka tentunya hubungan yang dijalinkan di atas laut yang bergelora akan ada masanya bergolak, membuat kita jadi mabuk dan terasa terumbang ambing.

Bolehkah kita let go? Bagi saya, tidak walaupun mungkin ada masanya mahu saja melepaskan hubungan yang berantakan tetapi saya percaya, air yang dicincang tak akan putus. Sudah lama berkawan, belajarlah mengenali antara satu sama lain. Bagi yang baru berkawan, inilah masa kita mengenali hati budi masing2.

Wajarkah berkecil hati? Boleh tetapi janganlah disimpan terlalu lama. Kita manusia yang tidak pernah sempurna. Memaafkan, kita akan lebih tenang. Tapi kalau tak boleh, nak buat macam mana.

Mahukah terus berharap? Ya, kerana saya yang selalu mahu pesimis dalam hidup... hehe tapi selalunya akan optimis juga. Ikut situasi.

Semalam saya menghantar sms yg berbunyi begini pd kawan saya :
" I'm sick of my life! I'm sick in my heart. I'm sick in my mind!"

Dia membalas:
" Apa yg u fikirkan? Hati tak sedap?"
Saya membalas:
" Macam2. Yg logik, yg x logik. Yg pandai, yg bodoh. Yg waras, yg gila. Huhu. Cukuplah utk buat hati x tenang"
Dia membalas:
" Jgn la fikir yg x logik, yg x waras, yg x baik, yg x elok! Think blue is the sky, red is d sun, pink is my heart, green is d sea, orange is sour and gold is gleaming! Think beyond the norm."
Saya membalas:
" If think out of the norm, then I can have everything that I want."
Dia membalas:
" Bersyukur!"

Haha... terpukul saya kerana saya yg selalu mengingatkan dia supaya bersyukur, jangan banyak sgt mengeluh! Saya pula dikenakan balik.

Sunday, February 24, 2008

Puisi 3


Kalau hati ini keju...
Maka akan cairlah aku
Setiap kali mendengar lara hatimu.
Kalau hati ini sayuran organik...
Percayalah zatnya
Akan membuat kau nyaman dan selesa.
Kalau hati ini mee kungfu...
Maka berperanglah aku untuk menyelamatkanmu!

Puisi 2

Kau tahu makna sepi?
Bila yang kedengaran
Hanya deru desah nafasmu sendiri.
Kau tahu makna rindu?
Bila yang kau mahu
Hanya ada pada dia
Dan tiada yang lain mampu mengambil tempatnya
Kau tahu makna mimpi?
Bila segala yang kau inginkan
Hanya hadir didalamnya
Dan bukan di alam nyata.

Puisi 1

Kalau menunggu itu membawa makna
Kau akan datang juga kepadaku
Maka seribu tahunlah
aku kekal di situ.
Kalau membisu itu membuat engkau merasa
Aku memahamimu
Maka akan kuhilangkan
semua perbendaharaan kata-kataku.
Namun kalau itu semua
Masih tidak mencukupi
Maka tahulah aku
Kau bukan untukku
Antara kita… tak mungkin akan bersatu.

Friday, February 22, 2008

Senyum, ketawa dan tergelak lagi....

Hari ini dlm kesesakan lalu lintas, saya terpandang sticker kereta di depan saya,
1. BEWARE ~ I am a driver without a license! ( Hampeh,kan! Kalau dia langgar kita, kira ok la?)
2. If you are not satisfied with my driving: call 1-800-I Don't Care! ( Ini lagi jahat!)

Minggu lepas pula semasa memandu juga, saya ketawa terkekeh melihat signboard bertulis begini.
1. HONTA Specialist - haha, ini kedai bengkel kereta untuk HONDA! Mcm mana boleh tersilap eja? Buat malu company besar aje!
2. CAR WASH, besar tulisannya - dan dibahagian bawah untuk BMnya adalah CUCI KERETA DAN LORI. hehe... apa punya translation da!
3. Wanted : Driver lorry. Mesti suka ikut lori. Haha.... bagus betul job descriptionnya.

Di apartment pula, ada banyak iklan kecil yang buat saya ketawa lagi:
1. Masterbed ROOM ~ only RM 200. Alamak, kenapalah ayatnya dipisahkan begitu ya? Hingga lain pulak bunyi dan maknanya!
2. Baby SISTER wanted ~ haha, ini satu lagi! Jawatan apa yg ditawarkan agaknya? Mesti tak ada org yg apply kan? Yalah, nak Babysitter tapi iklankan Baby Sister!

Moralnya?
Bila medium yg digunakan adalah salah, maklumat pun tak dapat diterima! Dan kesalahan ejaan yang begini selalu buat saya naik angin. Macam tak ada kamus yg boleh dirujuk. Atau ini tergolong dalam bahasa santai? hehehe.... bahasa rojak?

Wednesday, February 20, 2008

Andainya ini yang berlaku....

Salam,
Cuba bayangkan jika anda berada di dalam situasi ini:
1. Anda menyukainya tetapi dia pula tidak pernah pedulikan diri anda. Anda hanya OPTION dalam diri dia bukannya PRIORITY. Anda diperlukan saat dia tiada siapa, tetapi saat dia mempunyai yang lain, anda tidak dipedulikan.
2. Anda sayang sangat pada dia. Kerana terlalu sayang, anda membenarkan dia membuat apa saja tanpa memikirkan perasaan anda. Anda takut jika anda bersuara, anda akan kehilangan.
3. Anda berdoa siang dan malam untuk dia tidak berubah hati, agar dia terus menyayangi anda. Anda merasakan tanpa dia, anda akan kehilangan punca, anda akan terlupa untuk menarik nafas!
4. Dia yang anda suka, tidaklah segah mana namun buat masa ini, dia saja yang anda ada maka anda tetap bergantung harap kepadanya kerana He's the only one you can put all your hopes!

Moralnya?
Mencintai seseorang biarlah ada batasnya. Jangan sampai terjual harga diri. Jangan sampai membiarkan diri anda dilukai. Jangan takut untuk bersendiri kerana adakalanya bersendirian lebih mematangkan kita. Membuat kita jadi lebih kuat. Janganlah hidup kerana orang lain. Hidup ini jalani sebaik mungkin, kalau dia bukan untuk kita, bersyukur saja kerana mungkin dia tiada dalam rancangan Tuhan untuk kita!
Cinta sepatutnya membuatkan anda gembira bukannya sakit jiwa, berendam airmata dan hidup menderita!